Header Ads

ads header

Flash News

Pinggirkan Pas Di Johor, Veteran Pas Tegur Umno "Tak Cerdik"


HATTA tumbangkan kerajaan Pakatan Harapan Persekutuan dan Johor ialah ia tidak cerdik. Lebih-lebih tidak cerdik yang di Johor. Ialah antara kerajaan negeri PH yang tumbang.

Akan tetapi Perikatan Nasional Johor itu pun ada tidak cerdiknya.

Dalam agihan Exco, kerana cerdik yang berlebihan, diabainya peluang yang wajar diberi kepada PAS. Adun PAS bukanlah ramai di Johor. Terkonteng-konteng seorang diri. Menteri Besarnya yang berpelajaran jurutera patut boleh fikir seorang Adun PAS untuk menjadi Exco.

Tidak kira Adun PAS cerdik politiknya atau tidak, dia adalah satu-satunya dipilih rakyat. Ketika rakyat Johor menolak Umno/BN, Adun PAS itu antara yang lekat di Johor. Orang tolak BN, tapi ada rakyat Johor memuliakan PAS. Jadilah.

21 bulan Umno merempat termasuk di Johor. Tiada siapa peduli Umno. Melainkan mencercanya.

Maka PAS pun mengeluarkan Umno dari belukar pemencilan. Tan Sri Khalid Nordin, Naib Presiden Umno dari Johor, setiap ada peluang nescaya berunding dengan Ustas Idris Ahmad, Naib Presiden PAS, mencari jalan bagaimana Umno dan PAS boleh mengembalikan kerajaan pemerintahan Melayu/Islam.

Asal ada peluang Datuk Zahid Hamidi akan berceramah sepentas di mana sahaja di negara ini. Ketika PRK Tanjung Piai TG Haji Hadi mengadakan ceramah paling besar untuk BN. Tujuannya tiada lain hendak memenangkan semula Melayu/Islam.

Di PRK itu terbela Umno. Zahid Hamidi dan Khalid Nordin tidak perlu bagi tahu apa Umno Johor patut buat demi harmoni ta’awun Muafakat Nasional di Johor. MB jurutera patut berfikir sendiri bagaimana muhibbah dua parti terbesar Melayu itu boleh dijalin terus hingga 100 tahun lagi.

Patut cerdik sikit, kaji apa kekuatan dan kelemahan Al-Marhum Tan Sri Othman Saad semasa muafakat PAS-Umno zaman Tun Razak 40 tahun lalu. Jika muafakat itu tidak rosak, BN tidak tumbang Mei 2018 dahulu.

Kerajaan Johor yang baharu cukup Exco untuk harungi hingga PRU15 nanti. Ajal kerajaan Pusat tidak diketahui, tetapi komposisi PN Johor adalah stabil. Jika diberi satu pada PAS, Umno akan terus kuat.

PAS tidak luak jika tidak diberi apa-apa. Dari kosong semasa BN berkuasa, ia pernah lebih dari sekali beroleh sokongan di Johor. PN Johor tidak beri apa-apa pun PAS akan sabar dan tahan uji bersama Perikatan Nasional Malaysia. Tetapi orang Melayu seluruh dunia akan bertanya bagaimana Umno Johor tidak cerdik, pada masa orang Melayu merayakan kejayaan berta’awunnya, ia pinggirkan PAS seperti kesombongannya dahulu juga.

Apa yang terjadi di Johor itu benda kecil dalam cabaran orang Melayu dan Islam untuk memperkasa semula kewujudannya. Cuma orang melihat bahawa MB Johr yang baharu ini berfikiran kecil dan kurang cerdik.

Usah pedulikan yang tidak cerdik itu. Keutamaan kita ia terhadap yang berfikiran besar. Bangsa Melayu tidak ditentukan oleh yang berfikiran kecil tetapi oleh yang panjang fikirannya.

Hal yang terjadi di Johor itu, MBnya boleh fikir sendiri, tidak perlu nasihat Sultan dan Majlis Tertinggi Umno.


MR :  Exco mesti melambangkan gabungan.. lihat MIC satu pun dapat menteri takkan ini pun puak UMNO nak kena ajar


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


10 ulasan:

  1. Bagi muka lebih pada puak kemaruk kuasa iaitu umno pembunuh covid 19 no 1 dunia. Tamak gila kuasa dan sanggup ketepikan kawan PAS demi mengejar kuasa. PAS sepatutnya berfikir melalui minda sufi yang dibuat oleh Tuan Guru Nik Aziz dulu. Kekuatan kekalutan kuasa umno ini sudah panjang dan 60 tahun dan tumbang hidup semula oleh bantuan PAS.Akhirnya pembela terus ditikam dari belakang. Adoi..itu saja yang diungkapkan.
    #deep

    BalasPadam
  2. Sian pas....melukut tepi gantang....bila perlu dicari,tapi bila sudah berjaya,kan dah dilupakan....kan dulu aruah nik aziz pernah pesan....jangan sekali-2 berkawan dengan puak-2 umno...tapi dengan angkuh ...hidup melayu...kini dah terasa dilupakan oleh bangsa melayu umno...

    BalasPadam
  3. Pas belajar lah yang lalu.umno ingin perkudakan pas.ibrat kacang lupa kulit.masa susah cari pas.bila senang ia lupa siapa yang menolong dia.perangai orang umno ni semua sama .tak boleh buat kawan.

    BalasPadam
  4. Jika UMNO mengkhianati PAS, UMNO akan lingkup dalam PRU 15. Adakah UMNO belum insaf tentang kekalahan UMNO dalam PRU14 ??? Sepatutnya UMNO belajar berterima kasih kepada PAS Yang menolong UMNO bangkit semula.

    BalasPadam
  5. Kedua2 parti pas dan umno skrg saling mempergunakan antara kedua2 nya.umno mmg tamak nk berkuasa dan pas tumpang sekaki blkg umno.sb tu di kjaan pusat umno bising x dpt lebih jwtn menteri.mendabik dada konon umno lbh byk ahli parlimen.konon umno byk jasa naikkan muhyidin pm malaysia.sikap riak sombong kembali merajai hati org2 umno saat ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. RBA DA-Pigs sedang sibuk menyebarkan fitnah untuk memusnahkan Muafakat Nasional kerana MN boleh menyelamatkan negara dan rakyat dari Pee H @ DA-Pigs Yang telah kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu, pembohongan, fitnah dan U-turn.

      Padam
  6. PAS memang bodoh pun, patutsangat di buli mcm tu,PAS ni parti.x sedar diri, masa kafirkan UMNO dulu,,betapa.lah.hina dan zalimnya UMNO, tapi.bila dh bersekongkol,,wahhh UMNO tetiba jadi suci dan terhormat,kalau dulu sekuman kesalahan umno bn pun PAS npk dah,,menjerit lah kat parlimen dan sekarang umno jadi penyamun wang rakyat pun PAS masih hormat dan sanggup bersekongkol,,padam muka kena buli,,bodohnya pas yang x sedar2 bersekongkol dengan sekumpulan Serigala ganas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila masa pila pas tak sedar diri.Yang tidak sedar diri ialah orang yang seperti kamu dari kalangan PH pengkhianat janji alias munafik yang sentiasa hasad dengki untuk melihat kebangkitan islam di negara ini. Kamu ni tidak ubah seperti golongan munafik seperti dizaman rasulullah dan para sahabt dahulu.

      Padam
    2. Barua Pee H meroyan histeria membuat pelbagai dakwaan tidak berasas sejak Pee H terguling baham tanah.

      Barua Pee H ternakan DA-Pigs adalah seperti anjing kurap menyalak bukit , bukit tak runtuh anjing Pee H @ Da-Pigs yang gila babi.

      Barua-barua Pee H ini adalah Batu API kerana sibuk menyebarkan fitnah untuk melaga-lagakan dan memecah-belahkan umat Islam supaya umat Islam menjadi lemah dan pemimpin rasis kafir harbi DA-Pigs boleh memerintah negara ini dan menindas Islam Dan umat Islam.

      Barua Pee H @ DA-Pigs adalah tentera dajjal yang sangat berbahaya kepada negara dan rakyat.

      Padam