Header Ads

ads header

Flash News

Belum masuk pejabat, dah tanya pasal UEC? Jahatnya Malaysiakini?!


Macam biasa, Malaysiakini sememangnya pakar bab 'jual berita' menerusi artikel sensasi.

Hari pertama pemimpin BN angkat sumpah sebagai anggota kabinet, Malaysiakini sudah mula 'attack'.

Tajuk yang disiarkan mengundang komen negatif. Boleh lihat komen-komen puak DAP di sini :

https://www.facebook.com/47298465905/posts/10156980490645906/?d=n

1. Dr Mah Hang Soon ini hanyalah Timbalan Menteri Pendidikan 1, dan dia belum pun lagi masuk pejabat di kementerian.

2. Sama ada iktiraf UEC atau tidak, ia masih dalam peringkat kajian semasa Dr. Maszlee Malik jadi Menteri Pendidikan.

“Kajian holistik berhubung isu UEC mempunyai dua komponen iaitu kajian dalaman oleh kementerian dan proses pengumpulan maklumat serta input daripada pelbagai sumber menerusi pasukan khas yang terbabit dengan EUC.

“Pasukan khas ini diketuai anak kepada (tokoh akademik) Prof Emeritus Dr Khoo Kay Kim iaitu Dr Eddin Khoo, dan dibantu Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Abdul Rahim serta Timbalan Presiden Dong Zhong, Tan Yew Sing.

“Mereka akan mengumpulkan maklumat, pandangan dan proses libat urus dengan pihak yang pro serta kritikal terhadap UEC,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Sumber : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/10/390629/kerajaan-serius-kaji-pelaksanaan-uec

3. Iktiraf UEC adalah janji PH dan BN bagi merebut undi Cina pada PRU14 lalu.

Najib tarik pengundi Cina dengan janji iktiraf UEC
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/04/30/najib-tarik-pengundi-cina-dengan-janji-iktiraf-uec/

Pendidikan percuma, iktiraf UEC jika HARAPAN menang
https://www.malaysiakini.com/news/387371

4. Kita semua sedar bahawa orang Cina sudah tidak yakin lagi dengan pemimpin DAP. Jadi, orang ramai khususnya masyarakat Melayu perlu berhati-hati dalam isu ini. Beri ruang kepada pemimpin kita untuk membuat yang terbaik untuk semua.

5. Sedikit info mengenai UEC ;

- Sejak tahun 2004, UEC diterima untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi swasta di Malaysia. Mulai tahun 2010, UEC juga telah diterima untuk kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Cina) di Institut Pendidikan Guru Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan. Ini zaman BN.

- Kerajaan Sarawak mengiktiraf sijil ini, bermakna lepasan UEC boleh mencari pekerjaan dalam sektor awam negeri, memasuki kolej dan universiti milik negeri serta memohon pinjaman pendidikan Yayasan Sarawak.

- Selangor turut menerima kemasukan lepasan UEC ke universiti milik negeri, manakala Pulau Pinang pula mengambil lepasan UEC bekerja dengan syarikat milik kerajaan negeri.

- Ini versi panjang lebar oleh Tan Sri Annuar Musa pada Mac 2017.

http://suaralensa.blogspot.com/2017/03/isu-uec-lepas-baca-sampai-habis-baru.html


MR :  Kerja mereka menjahanankan PN... mereka tu dulu berpesta apabila Sabah jatuh kepada kristian.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan