Header Ads

ads header

Flash News

Pengasas PKR serang Dr M, pembantu Maszlee salahkan DAP


PETALING JAYA: Perpecahan kembali melanda Pakatan Harapan ketika gabungan itu bersedia untuk kemungkinan menggulingkan Muhyiddin Yassin di Parlimen minggu depan.

Ini menyusul ketika PKR dan DAP yang kini merupakan parti penting dalam PH selepas sejumlah ahli PPBM tanpa mengira pangkat menyertai Perikatan Nasional yang diketuai Muhyiddin, merancang “roadshow” di seluruh negara untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Tetapi, walaupun ada cubaan untuk menunjukkan perpaduan dalam gabungan itu, pemimpin PH kini saling menuding jari berhubung punca kejatuhan kerajaan berusia 21 bulan itu.

Terdahulu, Syed Husin Ali yang merupakan seorang daripada pengasas PKR, hari ini menyalahkan Mahathir, walaupun bekas perdana menteri itu bersetuju kembali ke blok PKR-DAP untuk menghidupkan semula PH.
“Terima kasih Tun M. Dengan letak jawatan, Tun berjaya:
  • Gulingkan kerajaan pimpinan sendiri;
  • Gadaikan kerajaan pusat dan beberapa kerajaan negeri kepada musuh;
  • Sekat kenaikan Anwar yang ditakuti.
“Tak payah minta maaflah,” tulis bekas timbalan presiden PKR itu di Twitternya.
Catatan Syed Husin Ali di Twitter pada Selasa.
Peletakan jawatan Mahathir sebagai perdana menteri dan tindakan PPBM meninggalkan PH menyebabkan kerajaan PH tumbang minggu lalu.

Mahathir kemudiannya dilaporkan berkata, beliau meletak jawatan untuk membolehkan ahli Parlimen memilih perdana menteri seterusnya, walaupun berdepan tekanan daripada kumpulan pro-Anwar untuk mempercepatkan pelan peralihan kuasa kepada pemimpin PKR itu bagi menerajui negara.

“Sebagai manusia biasa, saya tidak sunyi daripada melakukan kesilapan. Saya pohon maaf jika peletakan jawatan saya adalah salah,” katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung di televisyen pada 26 Feb lalu.
Bekas menteri pendidikan, Maszlee Malik.
Sementara itu, seorang pembantu Maszlee Malik yang memutuskan kekal dengan PH, mendedahkan pemimpin DAP memotong peruntukan untuk kementerian itu.
Zulfikri Zamir berkata, ini termasuk pemotongan bajet hampir RM500 juta untuk perkhidmatan keselamatan dan pembersihan di sekolah seluruh negara yang menyebabkan lebih 10,000 orang kehilangan kerja.

Zulfikri yang pernah menjadi setiausaha akhbar Maszlee mengimbau mesyuarat antara Maszlee dan Menteri Kewangan ketika itu, Lim Guan Eng, di mana seorang pegawai kanan berkata:

“Jaga sekolah ni tak perlulah ramai-ramai. Sekolah-sekolah kampung carilah ‘volunteer’ (sukarelawan), mak bapa yang tak ada kerja tu boleh ‘volunteer’,” tulis Zulfikri di portal berita The Malaysian Insight yang memetik kenyataan seorang pegawai.

Zulfikri turut mendakwa pemotongan peruntukan itu menjejaskan aktiviti kokurikulum, badan beruniform dan program keagamaan untuk pelajar.

Beliau mendakwa bekas timbalan menteri pendidikan, Teo Nie Ching daripada DAP melangkau Maszlee dalam komunikasinya dengan kementerian Lim.

Sebaliknya, beliau berkata, Kementerian Kewangan mengumumkan peruntukan berjuta ringgit untuk membantu syarikat e-wallet milik kawan rapat pemimpin DAP, merujuk peruntukan RM450 juta bagi menggalakkan transaksi e-wallet.

“DAP, anda bukan sahaja bertanggungjawab terhadap kejatuhan PH, namun kebangkitan semula para koruptor hari ini,” tulis Zulfikri.



MR :  Mereka mula bercakaran antara satu sama lain... maybe akibat sumpah laknat


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Walaupun kebanyakan rakyat suka kejatuhan BN dalam PR14. Peneraju utama PH nampaknya lebih berpihak dan menerima apa sahaja daripada DAP. Maka dengan itu kebangkitan Melayu semakin terasa. Isu rasuah oleh BN sudah tidak dihiraukan seakan dilupakan. Maka keutamaan sekarang kerana agama Islam dan Melayu. Itu yang menjadi keutamaan bila rakyat semakin berang. Bukan rasis tetapi jati diri dan kepercayaan agama Islam dipermainkan.
    Melayu semakin bangkit, mungkin tahap kesabaran masih ada tetapi jangan dicabar. Mungkin juga yang paling bahaya adanya Melayu yang menjadi talibarut. Melayu yang ada roh kafir, pengkhianat bangsa dan agama.

    BalasPadam
  2. Kerajaan yang berjaya kerana fitnah dan pembohongan,mana ada yang kekal....tua-tua yang kalah tu elok la muhasabah diri....x lama dah...

    BalasPadam
  3. Sumpah laknat jangan dibuat main..

    BalasPadam