Header Ads

ads header

Flash News

Pasaran baharu sawit di Afrika, Asia Barat


BANGI:
Kerajaan menyasar untuk memperluaskan produk sawit ke pasaran baharu termasuk Afrika dan Asia Barat serta meningkatkan saiz ladang komoditi itu pada masa depan.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata kementerian menerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan membuat kajian menyeluruh kekuatan pasaran Afrika dan Asia Barat terbabit dalam masa terdekat.

Malah, beliau yang baharu menerajui kementerian itu turut dihubungi duta negara Asia Barat untuk bertemu segera bagi meninjau peluang pemasaran produk sawit.

Mohd Khairuddin berkata, kementerian juga merancang meningkatkan pengeluaran minyak sawit bagi menampung keperluan dan kehendak semasa.

“Kita hasilkan 20 juta tan minyak sawit dengan saiz ladangnya seluas enam juta hektar. Kita tengok kaedah baharu dan tradisional termasuk penggunaan mesin dalam hal ini.

“Semua perkara ini akan diteliti MPOB dan kertas kerjanya akan diserahkan kepada kementerian untuk tindakan selanjutnya.

“Isu EU itu kita biarkan dahulu, hala tuju ketika ini tembusi pasaran baharu. Kita juga akan tingkatkan kerjasama sedia ada dengan beberapa negara termasuk India (walaupun hubungan kedua-dua negara tegang susulan pertikaian politik),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat MPOB, di sini, semalam.

Turut hadir, dua timbalannya, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng dan Willie Mongin.

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin berkata, pihaknya turut mengkaji penggunaan minyak biodesel B30 di Malaysia pada masa hadapan.

“Kita ada B20. Sekarang ini, kita kaji untuk guna B30.

“Buat satu persatu tak boleh ‘lompat’ dari B20 terus ke B40,” katanya.

Ditanya mengenai impak COVID-19 terhadap industri perladangan, katanya, perkara itu perlu diambil sebagai cabaran bagi memastikan sebarang pelaksanaan dibuat secara menyeluruh dan teliti.

MR :  Tahniah.. teruskan usaha, Imej PAS mesti dijaga


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan