Header Ads

ads header

Flash News

Masjid Sri Petaling akan ditutup untuk proses disinfeksi


KUALA LUMPUR: Masjid Sri Petaling di Kuala Lumpur akan ditutup sementara dalam masa terdekat bagi membolehkan proses disinfeksi dijalankan berikutan seorang peserta perhimpunan tabligh yang diadakan di masjid itu pada 28 Feb, disahkan positif Covid-19.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba sehubungan itu menggesa mereka yang menyertai perhimpunan tersebut supaya menjalankan ujian saringan dengan segera sekiranya mengalami gejala.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di ruang lobi Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini selepas mengadakan lawatan di wad persediaan untuk menempatkan pesakit Covid-19 di Hospital Sungai Buloh.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, seorang warga tempatan berusia 60 tahun iaitu kes ke-131, dikesan menghadiri perhimpunan tabligh berkenaan dan dikesan bergejala pada 4 Mac lepas.

Menurut Noor Hisham, berdasarkan maklumat awal, perhimpunan tabligh itu membabitkan anggaran 10,000 orang, dari beberapa negara termasuk warga Malaysia, dengan penyertaan melebihi 5,000 orang.

Adham berkata pihak KKM sedang giat mengesan dan menjejaki rakyat tempatan yang menyertai perhimpunan itu, untuk tindakan lanjut supaya dapat mengekang penularan penyakit itu.

Mengulas mengenai kesiapsiagaan kementerian susulan pengumuman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkategorikan Covid-19 sebagai pandemik, beliau berkata keadaan di negara ini masih lagi terkawal setakat ini.

“Di negara ini, terdapat 12 hospital yang memiliki makmal untuk mengesan jangkitan serta merawat pesakit Covid-19 dan 57 hospital KKM yang membuat screening di seluruh negara.

“Ini merupakan status terkini boleh dimaklumkan bahawa kita (KKM) dalam kesiapsiagaan sepenuhnya sekiranya berlaku apa yang diumumkan WHO sebagai pandemik,” katanya.

Beliau berkata kesiapsiagaan KKM juga berada pada tahap tertinggi apabila Hospital Sungai Buloh dijadikan hospital khusus bagi merawat penyakit berjangkit terutamanya Covid-19 yang boleh menempatkan 772 pesakit dalam satu masa.

Terdahulu, WHO mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik, bermaksud wabak penyakit yang tersebar dengan begitu meluas merentasi sempadan, malah hingga ke seluruh dunia.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan