Header Ads

ads header

Flash News

Mahathir dan Anwar tuding menuding atas kesilapan sokongan menyebabkan muncul Muhyiddin


KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Anwar Ibrahim malam ini tampil mendedahkan punca kenapa Pakatan Harapan (PH) mencalonkannya sebagai perdana menteri ke-8 pada 26 Feb lepas ketika negara dilanda krisis politik.

Katanya, keputusan mencalonkan beliau itu dibuat selepas Dr Mahathir Mohamad enggan mempengerusikan mesyuarat PH ketika itu dengan alasan beliau tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam gabungan berkenaan selepas meletak jawatan sebagai pengerusi PPBM sebelum itu.

“Bila mereka (PAS dan Umno) memutuskan tidak menyokong Mahathir sebagai perdana menteri (selepas Mahathir minta laksanakan kerajaan perpaduan) dan (minta bubar Parlimen), kita minta Tun Mahathir mempengerusikan mesyuarat majlis presiden PH malam itu (25 Feb), beliau enggan sebab beliau bukan lagi dalam PH.

“… maka kita tiada calon yang menyokong PH melainkan kembali kepada calon asal PH, iaitu dikemukakan nama saya. Itu bukan bermakna kita tolak dan khianat (Mahathir). Itu faktanya.

“Saya terpaksa ulas sebab Tun Mahathir bawa penjelasan seolah-olah kita tidak sokong dia,” katanya, dipercayai merujuk kepada kenyataan Mahathir sebelum ini yang menyatakan beliau hilang sokongan menyebabkan terpaksa melepaskan jawatan perdana menteri.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada satu acara mingguan di kediaman dekat Segambut di sini, dengan harapan penjelasan mengenai kronologi sebenar perkembangan yang berlaku sebelum ini tidak disalah erti.

Beliau turut memberiathu bahawa ada pihak-pihak dalam PH yang mencadangkan namanya sebagai timbalan perdana menteri.

“Ada cadangan kalau boleh saya timbalan perdana menteri. Tidak boleh tidak apa, kita teruskan. Nak kutuk saya lagi buat apa,” katanya.

Mahathir sebelum ini menyalahkan presiden PKR itu sebagai punca beliau tidak dilantik sebagai perdana menteri ke-8.

Beliau berkata, Anwar tidak dapat menjadi perdana menteri kerana tidak memperoleh sokongan ramai.

“Anwar memang dia gila-gila nak jadi PM, dia tak boleh jadi (PM) pasal entah macam mana kalau dulu ramai sokong dia, sekarang ini ramai sokong saya.” kata Mahathir.

Beliau berkata demikian dalam satu mesyuarat tertutup dengan pemimpin akar umbi PPBM di Yayasan Kepimpinan Perdana 1 Mac lalu.

Bekas perdana menteri itu berkata, beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri pada supaya Anwar dapat membuktikan beliau mempunyai sokongan untuk menerajui negara.

Berikutan kemelut yang berlaku dalam pimpinan PH susulan peletakan jawatan Mahathir, kerajaan pimpinan beliau tumbang, sekali gus menyaksikan berlakunya perubahan kuasa di Putrajaya.

Pada 1 Mac Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin, dengan sokongan ahli Parlimen parti itu, bekas pemimpin PKR yang menyokong bekas timbalan presidennya Mohamed Azmin Ali, Barisan Nasional (BN), PAS dan GPS dilantik sebagai perdana menteri ke-8 dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.


MR :  Adakah ini kesan sumpah laknat Najib? Atau Doa Himpunan di ketuai Ust Nik Zawawi? Atau kesan doa Ustaz Fadhil Noor?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan