Header Ads

ads header

Flash News

Macai PH buat fitnah baharu kepada Najib, Najib dan seorang wanita buat laporan polis


KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang sebelum ini didakwa menjadi isteri kedua kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akhirnya tampil bersuara dengan membuat laporan polis berhubung perkara terbabit.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail, ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan daripada wanita berusia lingkungan usia 50-an berkenaan, semalam.

“Wanita itu membuat laporan bagi menafikan perkara itu (isteri kedua kepada Najib).

“Kes itu kemudian dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut memandangkan tiada unsur jenayah,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beberapa hari lalu, sekeping gambar wanita berkenaan bersama Najib didapati tersebar di media sosial, yang mendakwa Ahli Parlimen Pekan itu kini mempunyai isteri kedua, selain Datuk Seri Rosmah Mansor.

Setakat ini, Najib atau Rosmah belum tampil menafikan perkara itu, namun ‘berita’ berkenaan meraih pelbagai reaksi dalam kalangan orang ramai, termasuk ada yang menzahirkan ucapan tahniah.



MR :  Dulu memang kerana fitnah, jatuh pun masih nak fitnah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Jika tidak fitnah, bukan Pee H.

    BalasPadam
  2. Tak semuanya macai PH. Aku macai PAS, aku pun ingat dia bini kedua Najib. Ghamai dah heboh dah.

    BalasPadam