Header Ads

ads header

Flash News

Jururawat merakamkan kaedah cucian tangan kena tunjuk sebab

Kami dapat tahu bahawa terdapat seorang jururawat telah dikenakan tindakan oleh pihak atasan untuk memberi sebab mengapa beliau merakamkan kaedah cucian tangan dengan betul melalui media sosial. Rasional tindakan hanya berdasarkan atas faktor beliau sedang memakai pakaian seragam jururawat.

Mengapa seorang jururawat berpakaian seragam cuba memberi pendidikan kesihatan pembasuhan tangan dengan betul dikenakan tindakan oleh pihak atasan?

Adakah beliau cuba mempromosikan produk atau mengiklankan dirinya untuk kepentingan diri?

Adakah beliau menunjukkan kaedah yang salah dalam menyebarkan pendidikan kesihatan yang berguna kepada masyarakat memandangkan penularan wabak COVID-19?

Hal ini sungguh mengecewakan! Kita sebagai jururawat seharusnya tahu bahawa tugas hakiki seorang jururawat bukan hanya terikat di wad dan klinik semata-mata.

Setiap kali diberi peluang, seorang jururawat yang berfikiran kritis akan cuba ambil kesempatan untuk mendidik masyarakat tentang maklumat kesihatan yang betul.

Adalah dinyatakan bahawa jururawat seharusnya senantiasa mendidik masyarakat tidak kira masa, tempat atau individu, seperti yang disarankan International Council of Nurses sempena Hari Jururawat 2020, A Voice To Lead : Nursing the World to Health.

Pihak atasan yang cuba mengekang jasa dan usaha baik jururawat menyebarkan ilmu melalui media sosial adalah kami kira sebagai jahil, cetek dan tidak memahami akan apa itu kejururawatan, semangat dan nilai kejururawatan sebenar.

Pada mereka, jururawat itu mempunyai tanggungjawab hanya di penempatan klinikal semata-mata, dan tidak seharusnya melaksanakan pendidikan kesihatan berterusan kepada masyarakat tanpa mengira masa dan ketika.

Apakah pada masa akan datang, jururawat tidak lagi boleh melaksanakan kempen kesihatan diluar hospital? Apakah jururawat kini tidak lagi boleh memberi pendidikan kesihatan secara bebas?

Mohon ambil perhatian terhadap isu ini. Jangan kita bersikap inferior terhadap karier sendiri sehinggakan usaha individu untuk mempromosikan kesihatan awam dan kejururawatan kepada masyarakat.

Dah penat dengan golongan atasan yang tak celik!

Delegasi Jururawat Malaysia
Educate – Promote – Protect


Buat masa sekarang post tersebut telah mencecah 1.3k likes and 506 share untuk selama 45 minutes.Sumber https://www.sekayu.allnws.com





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Bila atasan manusia2 bodoh sibuk jaga pangkat sampai lembu lagi pintar drpd atasan,,,peraturan mmg ada tapu berpada2 dalam menilai sesuatu perbuatan anggota

    BalasPadam
  2. Sepatutnya Kita menyokong tindakan jururawat ini mendidik masyarakat tentang menjaga kebersihan diri untuk mencegah penyakit berjangkit.

    Maka Kita merayu kepada KKM tidak mengambil tindakan ke atas jururawat ini.

    BalasPadam