Header Ads

ads header

Flash News

Ku Nan mengaku miliki hampir RM1 bilion aset


KUALA LUMPUR: Bekas menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu perbicaraan rasuah di Mahkamah Tinggi hari ini, beliau mengisytiharkan hampir RM1 bilion aset miliknya kepada 3 bekas perdana menteri sejak menyertai kerajaan 19 tahun lalu.

Katanya, beliau mula menyertai Kabinet di bawah pimpinan Dr Mahathir Mohamad sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 2001 dan beliau mengisytiharkan lebih RM900 juta aset.

Pada 2006, katanya, beliau mengisytiharkan memiliki aset lebih RM700 juta kepada Perdana Menteri ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi ketika dilantik sebagai menteri pelancongan.

Tengku Adnan berkata, beliau mengisytiharkan antara RM600 dan RM700 juta aset dimilikinya kepada Najib Razak 2013 dan 2016.

MR :  Semasa zaman Mahathir dia ada 1 billion... hebat geng lama Mahathir ini... mana datang duit?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Mokalu dia taat setia kat mahathir tak payahla dia masuk mahkamah.

    BalasPadam