Header Ads

ads header

Flash News

Hassan Marican letak jawatan ahli lembaga pengarah Khazanah



MOHD Hassan Marican meletak jawatan sebagai ahli lembaga pengarah Khazanah Nasional Bhd atas faktor mahu meneruskan urusan peribadi, kata Dana syarikat pelaburan negara.

Khazanah dalam kenyataannya berkata peletakan jawatan bekas Presiden Petronas itu berkuat kuasa 6 Mac.


Beliau merupakan ketua eksekutif Petronas dari 1989 hingga 2010.

Menurut Bernama, pada 2018 Hassan dilantik sebagai anggota majlis penasihat Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bersama-sama dengan bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Zeti Akhtar Aziz; bekas menteri kewangan Daim Zainuddin; tokoh perniagaan Robert Kuok dan pakar ekonomi Jomo Kwame Sundaram.
Beliau juga dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Khazanah pada tahun yang sama.

Khazanah merupakan dana pelaburan kerajaan yang berperanan mengembangkan kekayaan jangka panjang negara berdasarkan objektif komersial dan strategik.

Dari segi komersial, ia berperanan mengembangkan aset kewangan dan kepelbagaian sumber hasil negara, sementara objektif strategiknya ialah mengawal aset strategik yang membawa manfaat ekonomi jangka panjang.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan