Header Ads

ads header

Flash News

Hasil perjuangan seminggu - Azmin (Bukan rancang lama seperti kata Atok)


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin pentadbiran kerajaan yang baharu komited terhadap agenda nasional demi memacu kebangkitan ekonomi, menjamin kemakmuran bersama, memelihara keselamatan dan kedaulatan negara.

Ahli Parlimen Gombak itu juga yakin kerajaan yang baru dibentuk di bawah kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan, mampu memperkukuh perpaduan rakyat serta menjayakan reformasi institusi.

“Saya bersyukur kepada Allah SWT, kerana perjuangan kami selama satu minggu untuk membentuk sebuah kerajaan baru telah berjaya.

“Perjuangan ini melalui saat-saat getirnya, namun akhirnya kita mendapat dukungan majoriti Ahli Dewan Rakyat untuk memilih Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-8.

“Kami bertekad untuk membentuk sebuah kerajaan yang berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara,” katanya.

Azmin yang juga bekas Timbalan Presiden PKR yang dipecat, berkata pihaknya komited terhadap agenda nasional demi memacu kebangkitan ekonomi, menjamin kemakmuran bersama, memelihara keselamatan dan kedaulatan negara, memperkukuh perpaduan rakyat serta menjayakan reformasi institusi.

“Tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin atas mandat yang diberi kepada beliau sebagai Perdana Menteri dan membentuk sebuah kerajaan yang baru.

“Beliau adalah seorang pemimpin yang berwibawa, berpengalaman serta berintegriti,” katanya.

MR :  Rancangan awal nak kekal Mahathir dan singkir Anwar.. tapi Atuk tergelincir drp pelan kerana tukar strering...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Tidak dpt dinafikan Azmin Ali adalah pengkhianat politik yg jujur mengikut hemahnya betul dilakukan dan dia seorang genius memanipulasi keadaan yg memihak kpd kumpulan nya.

    BalasPadam