Header Ads

ads header

Flash News

Fadillah Yusof Calon Timbalan Perdana Menteri?


BEKAS Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof antara disebut-sebut sebagai calon Timbalan Perdana Menteri kabinet kerajaan baharu yang bakal dimuktamadkan tidak lama lagi.

Lantikan terbabit berdasarkan sokongan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kepada kerajaan gabungan Perikatan Nasional terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO, PAS dan kumpulan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Muka baru yang turut dikatakan diberi tempat ialah Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man; Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan; Ahli Parlimen Pasir Mas, Fadhli Shaari; Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar) dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad.

Sumber berkata, pemimpin UMNO yang masih mempunyai kes dibicarakan di mahkamah memberi ruang kepada muka baru terbabit.

“Kabinet baharu ini terdiri daripada pelbagai latar belakang parti. Difahamkan, ada permintaan supaya Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjaga Kementerian Pertahanan, manakala Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bagi hal ehwal agama diberi kepada PAS.

“Manakala Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan membarisi kabinet persekutuan. Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin disebut-sebut untuk memegang portfolio sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

“Sebahagian besar ahli biro politik UMNO akan membarisi kabinet baharu ini. Kita dengar juga Ahli Parlimen Pontian turut dikatakan mendapat tempat kali ini. Apapun, parti sudah mempunyai senarai untuk pertimbangan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya kepada Harian Metro.

Siapa yang akan membarisi kabinet Muhyiddin menjadi teka -teki dengan ramai pemerhati serta penganalisis mengandaikan pembentukan pasukan yang mantap berdasarkan pengalaman semua parti politik terbabit. – myMetro Online


MR :  Semuanya ini adalah andaian (gossip) sahaja.. Walaubagaimana ada asas yang kukuh drp pelbagai sumber


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan