Header Ads

ads header

Flash News

Dr Zulkifli teruskan kuliah agama macam biasa


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tetap menjalankan rutin biasa beliau untuk menyampaikan kuliah agama bulanan di masjid.

Petang tadi, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelantikan kabinetnya dan bekas mufti wilayah itu dilantik ke dalam barisan jemaah menteri kerajaan PN.

Dalam catatan di Facebook selepas pengumuman tersebut beliau terus menuju ke Masjid Slim River, Perak untuk menyampaikan kuliah maghrib bulanan.

⁣"Saya dengan rendah hati memohon jasa baik sahabat semua untuk berterusan mendoakan saya agar saya dikurniakan Allah SWT kekuatan untuk memikul amanah dan kepercayaan ini sepenuh keupayaan saya," katanya sambil memetik sebuah hadis diriwayatkan Abdullah Salam.

Hadis tersebut membawa maksud seperti berikut:

“Ketika Rasulullah SAW datang ke Madinah, orang-orang segera pergi menuju kepada Baginda. Ada yang mengatakan: Rasulullah telah datang.

"Lalu aku mendatanginya ditengah kerumunan banyak orang untuk melihatnya. Ketika aku melihat wajah Rasulullah SAW, aku mengetahui bahwa wajahnya bukanlah wajah pembohong.

"Dan yang pertama kali beliau ucapkan adalah: Wahai sekalian manusia, ⁣pertama sebarkanlah salam⁣, kedua berikan makan⁣, ketiga sambunglah silaturrahim⁣, keempat solat di waktu malam ketika orang-orang tidur.

⁣"Nescaya kalian akan masuk syurga dengan selamat," tulis bekas mufti Wilayah Persekutuan itu.

Sementara itu Zulkifli memohon agar semua pihak berdoa dan membantunya dalam melaksanakan amanah tersebut

⁣"Doakan saya, bantu saya dan berilah pandangan kepada saya. Kita teruskan legasi pemimpin terdahulu, membina negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama, dalam keredhaan-Nya. ⁣

⁣"Kepada Allah SWT kami berserah dan kami bertawakal," katanya.


MR :  Sempat dengar juga daripada 500++ kemudian meningkat 3.5k live tapi tak sempat habis terus ke masjid.. 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan