Header Ads

ads header

Flash News

Betul ke Mahathir memberikan syarat Mukhriz sebagai TPM untuk dia sokong Muhyiddin dan PN?


Isu 1

Mengikut maklumat awal, apabila Dewan Rakyat bersidang pada 5 Mei 2020 nanti, usul undi tidak percaya akan dilakukan oleh Pakatan Harapan yang diketuai Mahathir semasa itu terhadap kerajaan baharu PN dan sekiranya ini berlaku, besar kemungkinan Muhyiddin kalah kerana tidak mendapat majoriti untuk mengekalkan jawatan Perdana Menteri. Ini disebabkan pengaruh Mahathir cukup kuat termasuk dia dan orang-orangnya boleh membeli MP.

Muhyiddin + Azmin merancang melewatkan sidang (memang ada logiknya atas kelewatan sidang) dan membeli sokongan melalui kabinet yang besar sehingga 72 jawatan.

Muhyddin + Azmin berjaya mengatasi isu ini dan Mahathir telah mula mengalah. Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata kerajaan yang dipimpin Muhyiddin dijangka mampu untuk bertahan sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Boleh bertahan sampai PRU. Sekarang ini bila dia (Muhyiddin) jadi kerajaan, dia dapat bagi gula-gula kepada banyak orang. Saya dapati beberapa orang yang menjadi penyokong saya, sekarang ini dilantik menjadi menteri, maka mereka berpindah ke sebelah sana.

“Kita dahulu mempunyai kelebihan sebanyak 114 kerusi tetapi sekarang ini jumlah itu makin kurang. Jadi dalam Dewan Rakyat kita hendak bawa usul tidak percaya pun tidak mungkin berjaya. Sebabnya dia sudah ambil orang saya menyebelahi dia.

“Memanglah bila dia tawarkan jadi menteri, susah bagi orang nak tolak. Saya tidak boleh tawarkan apa-apa pun,”
katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama Sinar Harian.

Isu 2

Muhyiddin menghadapi masalah dengan Bersatu yang berpecah dua. Dalam wawancara eksklusif dengan Sinar Harian juga Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) adalah medan terbaik untuk ahli memilih sama ada beliau atau Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sambil mengakui BERSATU kini sudah berpecah dua kumpulan, bekas Perdana Menteri bagaimanapun berkata, situasi itu adalah suatu kelaziman yang dialami semua parti politik.

“Tidak lama lagi ada pemilihan BERSATU, mungkin dia akan bertanding dan saya juga akan tanding. Kita tengoklah siapa menang tetapi kerajaan tidak akan jatuh.

“Orang yang menyebelahi dia pegang jawatan, (jadi) kerajaan tidak (akan) jatuh. Tinggal lagi dia mungkin tidak lagi jadi pemimpin BERSATU,” katanya.

Mahathir nampak cukup yakin bahawa Muhyiddin akan kalah. Walaupun itu cara Mahathir bercakap menghadapi lawan Muhyiddin tidak memandang ringan atas kenyataan ini.

Jadi timbul satu persoalan, kenapa barisan kabinet yang besar dan tempoh pentadbiran yang berbaki lebih dari 3 tahun, Muhyiddin mengosongkan jawatan Timbalan Perdana Menteri?

Orang melihat seolah-olah bagi Muhyiddin tiada keperluan untuk mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri kerana sudah ada 4 Menteri Kanan. Tidak timbul dia perlu berikan kepada UMNO atau PAS.

Tapi ada orang lain melihat bahawa ini adalah perancangan Muhyiddin + Azmin mengosongkan jawatan tersebut untuk satu tempoh tertentu sebelum seseorang dilantik bagi mengisi jawatan tersebut?

Mengikut sumber TPM ini adalah untuk Mukhriz demi membeli hati Mahathir bagi tujuan mengembalikan semula BERSATU menjadi parti yang kukuh untuk imbangi MN dalam PN.

Jangan lupa perang Mahathir dan Najib meletus apabila Najib tidak membantu Mukhriz dalam pemilihan UMNO. Bukan 1MBD dll yang selalu disebut. Mukhriz adalah titik lemah Mahathir yang sekarang cuba digunakan oleh Muhyiddin + Azmin.

Kita tunggu kesudahannya.
Bila Mukhriz masuk, PN tidak lari daripada bergolak
Mampukah PN kekal sehingga 3 tahun
Sama-sama kita saksi.

Ku Mansor
Perak




MR :  Pendapat... yang menjurus logik... boleh difikirkan mungkin ada kebenaran


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Nak kosong kan tpm tu sbb nak jaga hati semua pihak.

    Zahid hadi & azmin.

    Sebenarnya ketiga org ini tak lulus saringan sprm @ polis.

    Zahid dah terang lagi bersuluh.
    Hadi tunggu lampu hijau muhyidin kes rasuah yg dibongkar serawak report.
    Azmin.... Tunggu video yg terang.
    Pemimpin umno tak pernah putus asa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Utk anak tun la jawatan tpm . . X kan x tau politik dia org . Sbb tu di kosong kan

      Padam
  2. Dunia nak kiamat dah ..Tun Mahadir nak bawak harta jedlm kubur... sepatutnya harta yg diambil dari rakyat ..masa inilah di pulangkan pd rakyat

    BalasPadam
  3. Siasat la yg berkenaan... Rakyat hairan aset terlampau kaya raya...

    BalasPadam
  4. Tak perlu TPM sahingga PRU 15 memadai 4 orang menteri kanan menjalankan tugas dan tanggung jawab masing-masing

    BalasPadam