Header Ads

ads header

Flash News

Abang Syed Saddiq sertai Umno


Syed Abdullah Syed Abdul Rahman yang merupakan abang kepada Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menyertai Umno dengan menggambarkan bahawa parti itu sebagai platform yang paling stabil untuknya menyumbang kepada negara.

Syed Abullah mengesahkan penyertaannya kepada parti itu dalam mesej teks kepada Malaysiakini petang ini.

"Saya dapati Umno sebagai parti yang paling stabil dan membantu dari segi ekonomi kepada negara kita dan saya ingin turut menyumbang kepada Malaysia.

"Pilihan saya untuk menyertai Umno tidak dipengaruhi oleh media sosial, kawan atau keluarga. Ini pilihan saya sendiri," katanya.

Menjawab soalan yang diajukan, pemegang ijazah kejuruteraan aeroangkasa dari AS itu berkata beliau tidak menjangkakan keputusannya itu akan menjejaskan hubungan dengan keluarganya.

"Pilihan saya dalam menyertai Umno tidak akan menjejaskan hubungan saya dengan keluarga saya. Memandangkan mereka adalah keutamaan, saya akan sentiasa menyokong adik saya (Syed Saddiq)," katanya.

Sementara itu, Exco Pemuda Umno Shahrul Nasrun Kamaruddin berkata keputusan Syed Abdullah untuk menyertai Umno menunjukkan bahawa parti itu masih relevan dengan golongan belia.

Syed Saddiq, yang merupakan menteri belia dan sukan sebelum kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada 24 Feb, merupakan pengkritik kuat Umno.

Dalam wawancara baru-baru ini dengan Al-Jazeera, Syed Saddiq menyatakan kekecewaannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang merupakan presiden Bersatu, telah membentuk satu gabungan baru yang terdiri daripada ahli parlimen Umno, BN, PAS dan GPS untuk membentuk kerajaan Perikatan Nasional.

Syed Saddiq merupakan antara pemimpin Bersatu yang kekal setia kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

"Beliau (Muhyiddin) adalah seperti seorang bapa kepada saya. Salah satu sebab mengapa saya menyertai politik adalah kerana beliau. Beliau adalah salah seorang yang melawan kleptokrat global, yang dipecat oleh partinya (Umno) kerana melawan kleptokrat global.

"Saya menyertai partinya (Bersatu) sebagai salah seorang pengasas bersama. Ibu saya diancam, dia seorang guru, dan dia diancam oleh kerajaan ketika itu [...]

"Apa yang benar-benar mengecewakan saya ialah hari ini, ketua parti saya sendiri, 'bapa' saya, memutuskan untuk membuka pintu kerajaan dan demokrasi Malaysia kepada kleptokrat yang sama yang mengancam saya (dan) keluarga saya, yang memecatnya dan mengancam keluarganya. Dan kini (beliau) bekerjasama dengan mereka," katanya dalam temu bual itu.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan