Header II

Header ADS

Umno-PAS desak PH tubuh RCI siasat Tabung Haji


PETALING JAYA: Muafakat Nasional PAS-Umno mendesak kerajaan agar menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat semua dakwaan salah laku, penyelewengan dan skandal dalam Lembaga Tabung Haji (TH) seperti yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, setiausaha agung Umno, Annuar Musa dan setiausaha agung PAS, Takiyuddin Hassan, berkata, RCI itu adalah bagi memulihkan keyakinan pendeposit dan pelabur kepada TH.

“Bermula dengan pelbagai tuduhan penyelewengan yang berlaku dalam Tabung Haji yang sehingga kini tidak ada satu pun didakwa ke muka pengadilan, sehinggalah pelbagai isu yang menyentuh hati rakyat, termasuk ura-ura pengurangan subsidi buat jemaah Haji atas justifikasi konsep Istitha’ah.

“Terbaru, isu jualan lambak ke atas 76.2% ladang-ladang milik TH Plantations seluas 101,000 hektar sehingga menjadi hanya 24,000 hektar dengan cara yang begitu meragukan juga benar-benar membangkitkan keresahan 9.4 juta pendeposit dalam kalangan umat Islam,” kata kenyataan itu lagi.


Setiausaha agung PAS, Takiyuddin Hassan.
Pada 12 Feb lepas, ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki membidas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa yang enggan berdialog berkaitan pelbagai tuduhan yang dibuatnya terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) berhubung isu TH.

Asyraf berkata, Mujahid sebaliknya “menghantar” seorang ahli jawatankuasa Amanah, Muhammad Faiz Fadzil, yang juga pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia untuk berdebat dengannya.

Dalam pada itu, Muafakat Nasional menyuarakan kebimbangan mengenai penjualan aset hartanah milik TH bernilai RM10 bilion kepada syarikat Kementerian Kewangan , Urusharta Jemaah Sdn. Bhd.

Ia berkata, aset tersebut, termasuk tanah TRX bernilai RM400 juta dan hotel TH seluruh Malaysia yang selama ini banyak memberi sumbangan kepada perolehannya.

“Harus diingat Tabung Haji adalah institusi yang cukup istimewa di hati rakyat Malaysia dan umat Islam khususnya.

“Sebelum PH memerintah, Tabung Haji tidak pernah gagal dalam merealisasikan matlamat penubuhannya, yang bukan sahaja menguruskan segala keperluan urusan dan hal ehwal kebajikan jemaah Haji, tetapi juga menjana ekonomi umat Islam,” katanya.

Mereka berkata, kecemerlangan TH sebelum ini bukan sahaja diktiraf oleh dunia, malah prestasi kewangan yang memberangsangkan setiap tahun membolehkan pendeposit berkongsi hibah dan bonus secara purata tidak kurang daripada 6.25% setelah ditolak zakat 2.5%.

“Sebab itu apabila pelbagai tuduhan penyelewengan, skandal, defisit yang melanda secara tiba-tiba dibuat sejurus selepas PH memerintah, maka ia mencetuskan pelbagai tanda tanya dan polemik berterusan,” katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Perbuatan PH sudah melebihi taraf melampau, kalau sesebuah prima atau syarikat berhutang dan rugi sedikit itu wajar.
    Kalau prima atau syarikat berkanun (separuh kerajaan)ini bukan kerajaan sepenuhnya tiada sebab kerajaan PH (DAP) sesuka hati menjual harta berkanun, kerugian bukan ditanggung kerajaan tapi ditanggung Tabung Haji saja dan penabungnya.
    Tetapi kenapa DAP Lee Guan Eng Beria ria menjual ladang bergitu murah kepada bangsa cina, apakah ini bukan satu perbuatan kianat atas orang Islam.
    Apa buta mata dan hati menteri melayu Islam dalam PH ini, membiar perkara ini berlaku.
    Wajar lah perkara ini kepada RCI
    Jangan lah termakan budi hak dan harga diri tergadai. Sehingga bila cina buat semua betul.
    Menteri melayu Islam dalam PH seperti kancil dengan buaya, kancil (DAP) nak menyeberang sungai buaya (melayu PH) jadi titian nya, bila kancil sampai di seberang tebing baru lah buaya sedar mereka telah diperbodoh oleh sang kancil.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.