Header Ads

ads header

Flash News

Rumah Dirobohkan Dengan Tangan Sendiri


1. Apa yang berlaku pada kerajaan PH hari ini ialah sebagaimana disifatkan oleh Allah dalam surah al-Hasyr ayat 2

يُخْرِبُونَ بُيُوتَهُم بِأَيْدِيهِمْ وَأَيْدِي الْمُؤْمِنِينَ فَاعْتَبِرُوا يَا أُولِي الْأَبْصَارِ
"Mereka merobohkan rumah-rumah mereka dengan tangan-tangan mereka dan tangan orang-orang beriman. Maka ambillah pengajaran wahai orang yang mempunyai pandangan jauh"

2. Kabinet baru boleh bertukar dengan sokongan ahli-ahli parlimen melebihi 112 kepada Tun sebagai PM. Ia adalah menurut undang-undang dan peraturan negara yang membenarkan. Itu yang dijangka berlaku apabila dirundingkan untuk PBBM, pasukan Azmin, Warisan, UMNO dan PAS beserta GPS memberikan sokongan kepada Tun untuk membentuk kabinet baru bagi menghalang bahaya dan kerakusan DAP khususnya terhadap kepentingan Melayu Islam. Kabinet baru ini bertujuan menjaga kepentingan Melayu Islam yang menjadi teras bernegara di samping membaiki kedudukan ekonomi dan pengurusan menteri-menteri yang tidak berketrampilan.

3. Namun, apa yang berlaku ialah Tun meletakkan jawatan sebagai PM menyebabkan seluruh kabinet gugur dan kejatuhan kerajaan PH beserta Tun juga bukan lagi berkuasa. Hanya sebagai PM interim yang bertindak sementara menantikan PM baru dilantik.

4. Fasa sekarang ialah istana bertindak untuk melihat siapakah yang mendapat kepercayaan majoriti Ahli Parlimen untuk menjadi PM. Lobi-melobi sedang berlaku. Anwar masih berhasrat menjadi PM. Inilah peluang beliau yang ada untuk menjadi PM.

5. Tun mengharapkan sokongan kembali PAS dan UMNO dengan alasan membentuk kerajaan perpaduan tanpa pembangkang tetapi dengan naratif melantik individu yang beliau rasakan sesuai sebagai menteri bukan dengan mandat parti masing-masing. Ia ditolak oleh PAS dan UMNO kerana kerajaan itu akan membawa DAP dan pasukan Anwar sekali, sesuatu yang tidak dapat diterima oleh PAS dan UMNO.

6. Tun ingin kembali kepada asal berkuasa dengan dokongan ahli-ahli parlimen PH dengan tambahan PAS dan UMNO tetapi bersama DAP yang sedari awal ditolak oleh PAS dan UMNO serta juga menjadi sebab kenapa PAS dan UMNO bersetuju dengan pelan awal perubahan kabinet iaitu tanpa DAP dan pasukan Anwar.

7. Sekiranya terbentuk kerajaan oleh Tun, ia hanya mengulangi masalah yang berlaku dalam kerajaan PH sebelum ini kerana individu nya adalah sama, daripada DAP dan PKR versi Anwar. Rakyat telah bosan dengan kegagalan kerajaan PH yang telah jatuh. Ia kerajaan yang gagal dan rapuh hubungannya saling berusaha menjatuhkan antara satu sama lain.

8. Dalam ketidak-tentuan sebegini pilihan terbaik untuk rakyat ialah pembubaran parlimen. Mandat diserahkan kembali kepada rakyat untuk memilih kerajaan baru selepas melihat kerosakan dan kegagalan PH. Itulah yang dituntut oleh PAS dan UMNO sekarang. Dan itulah yang dituntut oleh rakyat Malaysia hari ini berdasarkan pungutan suara di media sosial.

Sekian

Dr Khairuddin Takiri
Rabu 26 Februari 2020




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan