Header Ads

ads header

Flash News

PPBM terperangkap dalam jerat sendiri?


PETALING JAYA:
PPBM dilihat terperangkap dalam jerat yang diciptanya sendiri, di mana seorang penganalisis politik berkata satu-satunya peluang untuk bertahan adalah kembali bersatu dengan Pakatan Harapan dan seorang lagi berkata ia mungkin pengakhiran politik yang tidak bernilai.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya dan Aziz Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia berkata mereka percaya PPBM kehilangan sokongan rakyat dengan cepat.

Apabila tersiar berita Ahad lalu mengenai plot untuk menggulingkan kerajaan Pakatan Harapan oleh PPBM, Umno, PAS dan PKR kem Azmin Ali, rakyat secara meluas percaya Dr Mahathir Mohamad adalah salah seorang konspiratornya.

Namun, ia kemudian jelas bahawa beliau tidak terlibat. Katanya, beliau enggan bekerjasama dengan Umno dan mengumumkan peletakan jawatannya sebagai perdana menteri dan juga pengerusi PPBM.

Beliau kini memegang jawatan perdana menteri interim.

PPBM tidak bersetuju dengan peletakan jawatan Mahathir dari parti itu dan berkata parti itu mahu beliau kekal sebagai perdana menteri.

Namun parti itu kini nampaknya ditinggalkan tanpa pasangan yang sanggup kecuali PKR dari puak Azmin. Baik PAS mahupun Umno tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan perpaduan. Kedua-dua parti itu menggesa pilihan raya umum yang baru.

Lebih teruk lagi, sayap Pemuda PPBM yang menyokong Mahathir menolak untuk bekerjasama dengan Umno.

Awang Azman berkata adalah jelas satu-satunya pilihan yang ada untuk parti itu adalah memohon maaf dengan rendah hati dan berusaha bergabung semula dengan PH.

Memetik laporan media, beliau berkata pemimpin tertinggi PPBM nampaknya lebih banyak mendengar pandangan setiausaha politiknya berbanding Mahathir.

Beliau menambah: “Sukar untuk PPBM mendapat sokongan tanpa Mahathir. Masa depannya tergantung pada restunya.

“Walaupun ada pilihan raya umum, sukar untuk menang kerana PKR, Umno dan PAS akan menjadi pesaing utamanya.”

Azmi memberitahu FMT beliau tidak melihat PPBM melepaskan diri daripada kesan negatif sama ada ia menyertai semula PH atau terus bekerja dengan Umno dan PAS.

Beliau juga berkata ada kemungkinan pemimpin PPBM terburu-buru ketika mereka membuat keputusan untuk meninggalkan PH.

“Nampaknya mereka membuat keputusan penting tanpa berfikir panjang,” katanya.

“Kini kenyataan datang dari beberapa pemimpin PPBM yang mengatakan mereka tidak akan bekerjasama dengan Umno kerana amalan rasuahnya yang lalu.

“Adakah ini bermakna ia baik untuk bekerja dengan PAS kerana PPBM tidak boleh berdiri sendiri dalam iklim politik semasa?”

Presiden PPBM Muhyiddin Yassin mengumumkan semalam bahawa ahli Parlimen dari parti itu menamakan Mahathir sebagai perdana menteri semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Semalam juga, Mahathir dalam siaran langsung meminta peluang bagi mencari jalan berhubung kemelut dengan tumbangnya PH, sambil menambah beliau merasakan penyelesaiannya adalah dengan pembentukan kerajaan yang tidak memihak kepada mana-mana parti.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Pada pendapat saya,Azmin dan Muhyidin bukan bodoh untuk meroboh rumah PH sendiri kerana mereka sudah tahu risiko kehilangan jawatan dan kerajaan. Tidak mungkin pula Tun cakap tidak tahu menahu segala perancangan.Mereka sebenarnya sudah ada pelbagai perancangan dan andaikata perancangan itu tidak membuahkan hasil, maka pilihan terakhir ialah bubar parlimen kerana dengan jalan tersebut adil kepada semua pihak baik terutamanya kepada rakyat. Mungkin kerajaan berbelanja beberapa puluh juta mengadakan PRU, tetapi lebih baik dari terus rugi puluhan bilion hasil serta ekonomi negara.Kesan kerugian rantaian bukan setakat kepada ekonomi malah keselamatan negara,sosial,hubungan kaum ,hubungan antarabangsa dll

    BalasPadam