Header Ads

ads header

Flash News

PM ke tujuh akan dilantik sebagai PM ke lapan, kata Redzuan


KUALA LUMPUR, 24 Feb —Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yakin ‘drama’ politik yang sedang berlaku sekarang masih belum berakhir.

Malah, ahli majlis tertingginya yakin bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad bakal kembali ke kedudukannya.

“Saya berada di sini bagi menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri ketujuh untuk menjadi Perdana Menteri ke lapan esok,” kata Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Redzuan berada di hadapan rumah Dr Mahathir selain turut kelihatan Senator P Waytha Moorthy.

Terdahulu sekitar jam 2.30 petang, bekas wakil rakyat PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin bersama beberapa pimpinan lain turut dilihat memasuki kediaman tersebut.

Selepas meletakkan jawatan sebentar tadi, Dr Mahathir mengumumkan dirinya keluar dari PPBM.

Dilaporkan beliau kini sedang mengadap Yang Di-Pertuan Agong (YDPA).


MR :  Ini dikatakan 'smart game' yang sukar dibaca oleh musuh dan kawan


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan