Header Ads

ads header

Flash News

Bersama Doakan Yang Terbaik Untuk Malaysia!


Alhamdulillah. Sobahul khair! Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kekal tenang dengan suasana politik yang berlaku sehari dua ini. Doa juga yang dipanjatkan semoga yang terbaik untuk Malaysia tercinta! 🇲🇾💚

Sifir PAS mudah sahaja: PAS hendak Islam menang dan menang dengan Islam. Dalam konteks Malaysia, DAP-PH perlu dijatuhkan dari terus menjahanamkan negara. Syukur semalam Kerajaan PH telahpun jatuh. Bersyukurlah, nescaya Allah akan menambah nikmat!

Satu lagi pengajaran politik ialah jangan sesekali sombong dan takbur saat berkuasa. Usah jadi pimpinan politik tidak kira sama ada sebagai Menteri atau apa sekalipun yang bongkak dan arrogant, rakyat tak suka begitu. Sebab itu bila sudah jadi mantan Menteri atau ‘Timbalan Menteri - Dulu’, rakyat berbondong-bondong mencerca dan menghina.

Dalam hidup ini jadilah manusia yang humble dan berpolitik demi redha Allah. Dengannya, kita akan kekal tenang dan bahagia saat menang atau kalah, jadi kerajaan atau pembangkang, berjawatan ataupun tidak berjawatan bahkan saat hidup sampai mati, dari dunia hingga Akhirat!

Setelah hujung minggu dipenuhi kerja-kerja politik dan semalam mengambil cuti, hari ini akan masuk semula ke pejabat. Ramai sahabat tanya, apa next move Mukhtar, saya jawab: “Ana kalau PAS dah menang sekalipun, kekal balik Miri jadi ‘nelayan oil & gas’ juga.. 😃”.

Atas segalanya, siiru ‘ala barakatillah! 👍💚

Lebai Engineer;
Muhtar Suhaili As-Sarawaki,


MR :  Doakan kebaikan untuk Malaysia


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Segala puji milik Allah

    BalasPadam
  2. Sebaik baik rancangan adalah perancangan Allah yg merancangnya...

    BalasPadam