Header Ads

ads header

Flash News

Mesyuarat Majlis Presiden PH, Anwar 'kunci mulut'


PETALING JAYA: Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang berlangsung lebih tiga jam di Hotel Eastin pada Jumaat menyaksikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mengunci mulut sebaik sahaja ditanya berhubung intipati mesyuarat mereka pada Jumaat.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Port Dickson itu hanya sekadar mempamerkan reaksi senyuman apabila ditanya berhubung perkara itu.

Terdahulu, beberapa pimpinan parti Pakatan Harapan turut ditemui media antaranya, Lim Kit Siang, Wan Azizah Wan Ismail.

Bagaimanapun rata-rata mereka menunjukkan reaksi sama.




Pakatan Harapan dalam satu kenyataannya pada Jumaat berkata, mereka yakin terhadap sokongan majoriti terhadap Anwar sebagai calon Perdana Menteri ke-8.

Namun buat masa ini difahamkan, seramai 39 ahli Parlimen UMNO dan 19 daripada Pas selaku gabungan Muafakat Nasional bersetuju mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8.

Perkara itu dinyatakan menerusi satu kenyataan yang ditandatangai oleh Setiausaha Agung kedua-dua parti iaitu Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Takiyuddin Hassan.

Terdahulu Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak menunjukkan sebarang reaksi berhubung situasi politik negara ketika ditemui di luar dewan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan