Header Ads

ads header

Flash News

3,144 ahli PKR keluar parti ekoran Jaffari Walliam meletakkan jawatan



Adun Sabah yang dilantik, Jaffari Walliam meletakkan jawatan dari PKR, lapor Bernama yang memetik bahawa tindakan itu dibuat selepas hilang kepercayaan dalam kepemimpinan presidennya, Anwar Ibrahim.

Laporan itu memetik Jaffari - yang merupakan ketua bahagian PKR Libaran - mengatakan bahawa 3,144 daripada 4,000 ahli di bahagian itu juga keluar parti, termasuk 32 daripada 38 pemegang jawatan di bahagian itu.

Peletakan jawatan itu bermakna PKR Libaran dibubarkan.

Jaffari dilaporkan berkata keputusan untuk keluar dibuat selepas bekas timbalan presiden PKR Azmin Ali dan bekas naib presiden Zuraida Kamaruddin dipecat daripada parti itu.

"Kami telah hilang kepercayaan terhadap presiden parti (Datuk Seri Anwar Ibrahim), yang telah terbukti gagal menguruskan parti.

"Presiden hanya mementingkan kelompok tertentu dan meminggirkan yang lain, terutama pejuang asal yang berkorban (untuk parti) sepanjang 20 tahun," katanya dipetik pada sidang media di Sandakan.

Beliau dilaporkan berkata beliau menyokong Perdana Menteri sementara Dr Mahathir Mohamad untuk kekal sebagai perdana menteri, dan untuk Mohd Shafie Apdal untuk terus menjadi ketua menteri Sabah.

MR :  Anwar makin tersingkir...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan