Header Ads

ads header

Flash News

Macam Azmin sebut makin lambat ada yang kena beli....


Anggota parlimen Ranau Jonathan Yasin hari ini menafikan beliau keluar parti bersama kumpulan bekas timbalan presiden PRK Azmin Ali.

Selepas tiga hari, beliau menulis di Facebook bahawa beliau masih anggota PKR dan akan menjelaskan perkara itu kepada jawatankuasa pusat parti itu hari ini.

"Untuk rekod, saya masih dalam PKR. Saya juga menafikan memberi persetujuan meninggalkan PKR.

"Saya akan menjelaskan hal ini kepada jawatankuasa dan biro (parti) petang ini," katanya di Facebook.

Kelmarin, Jonathan dilihat bersama 10 bekas anggota PKR di Hotel Sofitel, Kuala Lumpur - tempat kem Azmin berkumpul.


Beliau bergambar “selamat tinggal” bersama mereka.
Jonathan hari ini bagaimanapun tidak menyatakan sama ada beliau sudah menukar kem.

Pemimpin lain dalam kes itu ialah Zuraida Kamaruddin (Ampang), Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Baru Bian (Selangau), Kamaruddin Jaafar (Bandar Tun Razak), Mansor Othman (Nibong Tebal), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Edmund Santhara (Segamat), Ali Biju (Saratok) dan Willie Mongin (Puncak Borneo).

Mereka terlibat dalam gerakan membentuk gabungan politik baru Perikatan Nasional berkata Bersatu, BN, PAS, GPS and Warisan sebelum ini.


MR :  Azmin kata saya kena bekas bos saya yang akan habiskan banyak mana duit atau kedudukan demi nak capai cita-cota..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Klu ada yg menjual maruah pasti ada yg membeli maruah dgn harga yg tinggi demi kelangsung cita2 dan kuasa...jgan cakap pasal rakyaat dan negara semua tu tipu samata2 derita rakyaa x pernah di ambil kira haya kaya kau org je yg di pertingkat kan.

    BalasPadam
  2. Bubar aja kite buat undi baru.....

    BalasPadam
  3. Biar rakyat yg menentukan kerajaan mana

    BalasPadam