Header Ads

ads header

Flash News

Anwar dipercayai hadir mesyuarat tergempar PH


KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan kediamannya di Bukit Segambut Dalam, di sini pada jam 8.40 malam tadi dipercayai untuk menghadiri mesyuarat tergempar Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Anwar keluar ditemani isterinya yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Mereka menaiki kenderaan Lexus berwarna hitam dengan diiringi empat kenderaan.

Usaha wartawan mendapatkan pengesahan lokasi mesyuarat itu daripada beliau gagal apabila Ahli Parlimen Port Dickson berkenaan enggan bercakap dengan media.

Namun berdasarkan maklumat yang diterima pihak media, mesyuarat itu diadakan di Hotel Eastin, Petaling Jaya iaitu lokasi sama beliau menghadiri mesyuarat bersama Ahli Parlimen PKR tengah hari tadi.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan