Header Ads

ads header

Flash News

Lima parti cadang bubar Parlimen


KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) terdiri UMNO. MCA dan MIC, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan PAS berpendirian Parlimen dibubarkan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda negara ketika ini.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata pendirian itu sudah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Katanya, pendirian itu dibuat berikutan ada cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan membabitkan beberapa pemimpin parti politik.

“Berasaskan kemungkinan mahu dibentuk kerajaan perpaduan secara prinsipnya ia banyak bercanggah dengan dasar yang ditetapkan parti. Apa-apa perkiraan mestilah atas dasar parti.

“Selepas parti berbincang, kita tidak boleh menyembunyikan kepada rakyat dan mohon Parlimen dibubarkan.

“Biarlah rakyat yang menentukan,” katanya pada sidang media di Menara Dato’ Onn di sini, hari ini.

MR :  Tahniah Muafakat Nasional


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Jika PRU diadakan, Muafakat Nasional Akan mendapat majoriti besar dan PH mungkin KO atau TKO berdasarkan keputusan PH kalah dalam PRK 5 Kali berturut-turut kerana rakyat sudah merasa bosan dan marah kerana dikencing dengan pelbagai janji palsu oleh PH.

    BalasPadam