Header Ads

ads header

Flash News

Belum ada tanda pengumuman besar Azmin di Sheraton


PETALING JAYA: Belum ada tanda menunjukkan akan ada pengumuman besar oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahupun Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin setakat ini.

Media setakat jam 4.30 petang masih menunggu jika ada sebarang sidang media tergempar di Hotel Sheraton, Petaling Jaya.

Mesyuarat tertutup melibatkan Mohamed Azmin, Zuraida dan beberapa pimpinan lain bermula kira-kira jam 8 pagi.

Bagaimanapun, media yang menunggu tidak diberikan maklumat terperinci mengenai mesyuarat tertutup berkenaan.

Media setakat jam 4.30 petang masih menunggu jika ada sebarang sidang media tergempar di Hotel Sheraton, Petaling Jaya.
Media setakat jam 4.30 petang masih menunggu jika ada sebarang sidang media tergempar di Hotel Sheraton, Petaling Jaya.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan akan ada pengumuman besar dibuat Mohamed Azmin dan Zuraida.

Dalam pada itu, Azmin semasa dihubungi melalui aplikasi WhatsApp mengatakan beliau tidak akan mengadakan apa-apa sidang media hari ini.

I dont have any plan to hold PC today,” katanya.

Belum ada tanda menunjukkan akan ada pengumuman besar oleh Azmin.
Belum ada tanda menunjukkan akan ada pengumuman besar oleh Azmin.

Namun kira-kira jam 4.30 petang, Ketua Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah tiba dan apabila ditanyakan mengenai mesyuarat tertutup berkenaan, ini jawapan beliau:

“Mesyuarat kawan-kawan saja,” ujarnya.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan