Header Ads

ads header

Flash News

Amanah, DAP mahu namakan Mahathir sebagai PM semula


Ketika hala tuju negara terus kabur, Amanah dan DAP menyatakan sokongan pada Dr Mahathir Mohamad.

Sumber DAP memberitahu Malaysiakini bahawa jika PH dapat memperoleh kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan, mereka akan menamakan semula Dr Mahathir sebagai perdana menteri.

"Kami percaya kepada Mahathir, beliau juga kecewa dengan Bersatu dan yakin beliau tidak akan bekerjasama dengan Umno.

"Jika kami (DAP) menamakan Anwar Ibrahim sebagai PM, ini akan menjadikan Mahathir kelihatan seperti orang yang membawa pemimpin Bersatu dan 11 Ahli Parlimen PKR untuk keluar dari PH," kata sumber.
Iklan

Begitu juga, presiden Amanah, Mohamad Sabu mengumumkan bahawa partinya akan tetap menyokong Mahathir sebagai menteri.

"Parti Amanah Negara ingin menegaskan pendirian bahawa kami menyatakan sokongan penuh kepada Mahathir sebagai perdana menteri Malaysia dan untuk terus memimpin PH.

"Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada Tun untuk melalui kemelut politik yang berlaku ini," katanya.

Mahathir telah meletak jawatan sebagai perdana menteri dan sebagai pengerusi Bersatu.

Sementara itu, presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengumumkan parti itu akan keluar dari PH. Pada masa sama Azmin Ali dan 10 ahli parlimen PKR yang lain turut keluar parti dan meninggalkan PH.

Ketika ditemui pemberita selepas berjumpa Agong, Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata beliau menasihati Mahathir agar tidak meletakkan jawatan.

Katanya beliau cuba memujuk Mahathir agar menukar fikiran tetapi ahli parlimen Langkawi itu berkata, beliau kecewa kerana dikaitkan dengan pihak "yang korup".

"Saya ada merayu kepada beliau bagi pihak PKR dan PH.

"Pengkhianatan ini boleh ditangani bersama, tetapi sudah tentu beliau ada pandangan yang berbeza.

"Beliau berpendapat tidak wajar untuk beliau dilayan begitu, dikaitkan untuk bekerja dengan perasuah," katanya.

Anwar juga berpandangan, Mahathir tidak terlibat dalam gerakan menjatuhkan kerajaan PH.

"Tidak, saya tak fikir beliau (terlibat). Namanya digunakan oleh orang dalam dan luar parti dan beliau menyatakannya sekali lagi seperti sebelum ini, beliau tak ada peranan.

"Beliau sangat jelas (pendiriannya), tidak mungkin untuk beliau bekerjasama dengan sesiapa yang ada kaitan dengan rejim lalu," katanya.

Mahathir dijadual bertemu dengan Agong pada petang ini untuk membincangkan peletakan jawatannya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Pihak yg korup tu sapa ha? Kalau aku pulak lagi tak mau bwkerja dengan orang yg offset

    BalasPadam