Header Ads

ads header

Flash News

"Wuhan Dah Bertukar Jadi Bandar Berhantu"


Dalam pada kebimbangan masyarakat dunia terhadap koronavirus, seorang individu di Wuhan menyifatkan bandar itu telah bertukar menjadi sebuah bandar ‘berhantu’.

Wuhan telah terputus dari negara luar dalam usaha untuk menyekat penyebaran koronavirus.

Kesemua 17 kematian yang dikaitkan dengan virus itu telah berada di wilayah Hubei dan telah menjangkiti hampir 600 orang.

Datuk bandar, Zhou Xianwang, mendesak 11.8 juta penduduk supaya tidak meninggalkan ibu kota wilayah Hubei di China Tengah dan menyeru pelawat untuk mengelakkan diri dari tempat itu bagi mengurangkan penyebaran virus.

“Sekiranya tiada keperluan, kami mencadangkan agar orang ramai tidak datang ke Wuhan,” kata Zhou kepada saluran berita CCTV.

Naib Menteri Kesihatan Kebangsaan, Li Bin juga berkata bahawa adalah lebih baik jika orang ramai tidak memasuki Wuhan kecuali ianya sangat memerlukan.

Dengan bilangan kes yang disahkan bertambah setiap hari, penduduk Wuhan juga harus mengelakkan diri dari kawasan awam dan hanya mendiami rumah.

Beberapa video di laman Twitter juga menunjukkan bahawa bandar dipercayai Wuhan benar-benar telah kosong tanpa pergerakan orang awam mahupun pengangkutan di jalan raya.

Penularan virus itu juga memperlihatkan penduduk menyerbu pasar raya dan kedai-kedai bagi mendapatkan bekalan makanan kerana bimbang ia tidak mencukupi dalam fasa kuarantin di kediaman masing-masing.



Pasukan petugas berkata dalam satu kenyataan bahawa Wuhan mempunyai bekalan makanan, perubatan dan komoditi yang mencukupi.

Pun begitu, orang ramai masih bimbang kerana tidak pasti bila kedai-kedai akan beroperasi seperti biasa.


Penduduk Keluar Dari Wuhan Sambut Tahun Baru Cina, Mampu Jadi Punca Virus Tersebar Lebih Luas

China telah menghentikan Penggunaan pengangkutan awam susulan daripada penyebaran wabak koronavirus yang melanda di Wuhan hingga ke wilayah lain. Wuhan dan bandar-bandar lain di Hubei telah mengambil langkah-langkah yang lebih tegas dengan menghentikan pengangkutan awam. Manakala, Beijing dan Hong Kong pula telah membatalkan beberapa perayaan utama bagi mengelakkan ramai orang…


Ibarat Diserang 'Zombie', Keadaan Orang Wuhan Selepas Dikuarantin Kerana Koronavirus

Baru-baru ini, dunia telah dikejutkan dengan wabak koronavirus yang dikatakan berasal daripada bandar Wuhan, China. Sejak mula-mula virus ini dikesan, sebanyak 59 orang telah disyaki dijangkiti koronavirus dengan 7 orang daripadanya dilaporkan kritikal pada ketika itu. Pelbagai ujian telah dilakukan, dan sejak dari itu, angka kes serta kematian disebabkan virus…


Koronavirus: 8 Bandar Dikuarantin, Sambutan Tahun Baru Cina Dibatalkan, Sekolah Ditangguh

Sebanyak lapan bandar termasuk Wuhan dikuarantin susulan penyebaran wabak yang meragut 25 nyawa sejak mula dikesan pada Disember lalu. Semua penduduk dan pengangkutan tempatan dihalang keluar masuk ke bandar terlibat. Semua jalan pengangkutan udara, air dan darat yang menghubungkan Wuhan ke bandar lain di wilayah Hubei disekat, lapor South China…






Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan