Header Ads

ads header

Flash News

PH mengamal Dasar scammer


Sebenarnya, kerajaan PH seolah-olah angkat wang dari akaun pencarum KWSP bermula 1 Feb 2020.

Biar saya jelaskan.

Hari itu, saya kata kerajaan PH adalah penerima manfaat terbesar dari langkah beri diskaun 18% tapi lanjut tol 20 tahun.

Hari ini, Guan Eng kata langkah akan memberi penjimatan RM1.1 bilion untuk tahun 2020 ini sahaja.

- RM500 juta untuk pengguna lebuhraya.
- RM600 juta untuk kerajaan PH.

Manfaat untuk kerajaan akan bertambah setiap tahun kerana perlu membayar pampasan untuk tidak menaikkan tol 5% setiap 3 tahun.

Tahun pertama sahaja, kerajaan sudah menjadi penerima manfaat terbesar seperti disahkan Guan Eng.

Sepanjang konsesi tol, kerajaan menerima manfaat RM42 bilion manakala pengguna jalanraya menerima manfaat RM26 bilion.

Kesemua "penjimatan" RM68 bilion ini ditanggung oleh pencarum KWSP dan pengguna tol masa hadapan dari tahun 2038 hingga 2058.

Paling rugi adalah pencarum KWSP yang tidak/jarang menggunakan tol lebuhraya PLUS, mereka di pantai timur serta warga Sabah dan Sarawak.

Mereka akan tanggung berpuluh bilion Ringgit untuk beri subsidi kepada kerajaan PH dan kepada pengguna tol pantai barat.

Macam ini lah...

PH tipu kamu dengan janji palsu untuk menang.

Selepas itu, PH kata tak boleh mansuh tol seperti dijanji.

Tapi, kita beri kamu diskaun 18%. Cuma perlu lanjutkan tol 20 tahun sahaja.

Rakyat akan terima manfaat, kata mereka.

Padahal penerima manfaat terbesar adalah kerajaan PH sendiri.

Dan pencarum KWSP dan cucu-cicit kita pula kerugian.

Ini dasar scammer.

NAJIB RAZAK

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan: