Header Ads

ads header

Flash News

Cukai Akan Dinaikkan Lagi -- Kutipan Cukai Kerajaan Lama Rendah


Seperti yang saya tulis semalam, ianya memang matlamat kerajaan PH untuk naikkan cukai ke atas rakyat supaya kita sama taraf dengan negara-negara maju.

PH berpendapat bahawa kadar kutipan cukai di bawah sistem cukai kerajaan BN dahulu adalah terlalu rendah.

Ini diberitahu oleh Guan Eng kepada LHDN hari ini.

Kebanyakan langkah ini akan dilaksanakan secara senyap tanpa diumumkan oleh Menteri PH atau disedari orang awam.

Contohnya seperti memperluaskan menaikkan kadar cukai ke atas kategori-kategori barang yang dikenakan cukai SST pada 1 Mac 2019 lalu.

SST diperluas kepada empat perkhidmatan mulai 1 Mac
http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1680300

Atau menukar struktur duti dan eksais kereta seperti apa yang telah dilakukan pada 31 Disember 2019 lalu.

13 Jan 2020: Locally assembled cars may cost more
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2020/01/13/locally-assembled-cars-may-cost-more

"PH Menang, Rakyat Senang"

--
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, kerajaan terpaksa membuat pertimbangan sebelum memutuskan sama ada ia perlu menaikkan cukai berikutan Malaysia terus menjadi negara yang mencatatkan kutipan cukai paling rendah di dunia berbanding saiz ekonominya.

Beliau berkata, walaupun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengutip sebanyak RM145 bilion pada 2019, angka tertinggi dalam sejarah agensi itu, namun pemantau antarabangsa menganggap ia kecil apabila dibandingkan dengan saiz ekonomi Malaysia yang dianggarkan bernilai RM1.35 trilion tahun lepas.

Dalam ucapan pada satu acara LHDN, Lim berkata, berdasarkan data Bank Dunia 2017, kutipan cukai Malaysia ialah 13% berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), lebih rendah daripada Vietnam (19%), Chile (17.4%), Poland (16.8%) dan Korea (15.4%).

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/01/13/cukai-akan-dinaikkan-selari-dengan-pertumbuhan-ekonomi-kata-guan-eng/

NajibRazak





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan