Header Ads

ads header

Flash News

Tahniah Pengundi PH: K'jaan tamatkan beri elaun khidmat kritikal untuk doktor, profesional baru


Kerajaan akan menamatkan pemberian "bayaran insentif perkhidmatan kritikal" kepada doktor, jururawat, jurutera dan profesional lain yang menyertai perkhidmatan awam bermula tahun depan.

Mereka yang sudah menerima elaun akan terus mendapat bayaran tersebut, termasuk pekerja kontrak yang kontraknya telah diperbaharui.

Langkah itu diumumkan pada pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertarikh 20 Disember.

Bayaran insentif perkhidmatan kritikal itu merupakan satu daripada sembilan elaun yang akan dihentikan pembayaran oleh kerajaan, termasuk elaun hiburan kepada setiausaha sulit, dan insentif kecekapan berbahasa Inggeris.
Iklan

JPA berkata jabatan itu mungkin akan meluluskan penerima elaun sedia ada dalam lapan kategori elaun lain akan terus menerimanya.

Menurut soalan lazim yang disertakan dalam pekeliling JPA, jumlah elaun perkhidmatan kritikal antara 5 hingga 15 peratus berdasarkan gaji asas penerima, dengan jururawat mendapat jumlah tertinggi (15 peratus).

Sementara itu, pegawai perubatan, ahli farmasi dan pensyarah di kedua bidang ini menerima kadar rata RM750.

Soalan Lazim (FAQ) itu menyatakan bahawa elaun kritikal diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 1992 untuk kerja-kerja yang sukar diisi dan mempunyai pengambilan yang rendah.



Bagaimanapun, tinjauan 2019 mendapati bahawa pekerjaan ini tidak lagi memenuhi kriteria tersebut. Berikutan itu, jawatankuasa kabinet mengenai perkhidmatan awam yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memutuskan bahawa penerima elaun sedia ada akan terus menerima elauan berkenaan, tetapi bukan untuk pekerja baru.

FAQ JPA itu menyatakan ia tertakhluk kepada semua 33 skim perkhidmatan awam yang kini menerima elaun perkhidmatan kritikal.

Walau bagaimanapun, laman berita industri kesihatan Code Blue menyorot laporan Jabatan Audit Negara menyenaraikan 38 skim yang menerima elaun tersebut.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam ciapannya di Twitter semalam berkata beliau tidak bersetuju dengan langkah mengakhiri pembayaran elaun kritikal itu.

"Kita patut kaji semula segala elaun yang diberi kepada ahli politik dan menteri seperti saya," katanya.

Katanya, para doktor, jururawat dan mereka yang berada dalam sektor kritikal sudah terlalu banyak terlebih bekerja tetapi kurang dibayar.

Syed Saddiq kemudian berikrar untuk mengurangkan jumlah cuti tahunan yang beliau ada, serta akan memulangkan "setiap sen" yang beliau terima melalui elaun percutian. Katanya lagi, beliau akan memastikan elaun lain turut dikurangkan juga.

Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini menyindir ciapan Syed Saddiq, bekata menteri itu perlu menghantar pesanan WhatsApp kepada rakan sekerjanya yang sibuk bercuti mengenai pemotongan elaun tersebut.

Pada hantarannya di Facebook semalam, Najib turut mempersoalkan mengapa elaun perkhidmatan kritikal bagi doktor dalam perkhidmatan awam dipotong, ketika mana klinik swasta kini bebas menetapkan bayaran yuran konsultasi sebanyak mana pun.

"Saya harap tidak akan berlakunya keadaan di mana klinik dan hospital kerajaan tak cukup doktor atau jururawat dan rakyat terpaksa melawat klinik serta hospital swasta yang telah dinaikkan caj," kata beliau.

Sementara itu, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) pada hantarannya di Twitter berkata keputusan menghentikan pembayaran elaun kritikal akan mematahkan semangat para profesional perkhidmatan penjagaan kesihatan yang sudah banyak terbeban dengan kerja lebih masa, kurang kakitangan dan bayaran gaji rendah.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

6 ulasan:

  1. Tahniah kpd pengampu2 PH.... Baru kau rasa pukulan tokdet dan rakan... Bkn menyelamatkn negara.. Lg melingkup adlah... Mana2 mahasiswa pengampu PH xnak berdemo ke

    BalasPadam
  2. Padan muke org gov
    Hambek ko,,,
    Nk sngt tuka kn!!!!!
    pergi terjun lombong la sbb bodoh amat

    BalasPadam
  3. Tu dia perubahan yg dinanti nantikan

    BalasPadam
  4. Bodoh bangang la melayu2 pengundi ph,,,puihhh....
    Bodoh x bleh di ajar

    BalasPadam