Header Ads

ads header

Flash News

“Saya pandu uji kereta terbang khamis ini” – Redzuan


Dewan Rakyat, 18 Nov : MENTERI Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof mengesahkan beliau akan melakukan ujian memandu dan menaiki ‘kereta terbang’, Khamis ini.
Beliau berkata demikan pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2020 bagi kementeriannya di Persidangan Dewan Rakyat di Kuala Lumpur, hari ini.
“Saya nak ulangi jemputan saya kepada ahli yang berhormat,  hari Khamis ni saya akan sendiri akan naik kereta terbang, kenderaan muatan dua orang. 
“Saya jemput kalau Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) nak datang pun nak ambil gambar dan duduk atas yang terbang tu, kita bolehlah sama-sama duduk sebelah” – Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof
Arau (Syahidan Kasim ) kemudian mencelah dalam nada memerli dengan bertanya sama ada hal tersebut dilindungi insuran.
“Ada insuran tak? Ada insuran tak?” – Syahidan Kasim.
Manakala Bera (Ismail Sabri) pula  berkata
“Hati-hati yang berhormat”. – Ismail Sabri
Mohd Redzuan kemudian menyambung ucapan beliau dengan berkata rakyat Malaysia adalah pengikut yang ragu-ragu ( hesitant followers).

- Buletin TTKM




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Mohd Redzuan kemudian menyambung ucapan beliau dengan berkata rakyat Malaysia adalah pengikut yang ragu-ragu ( hesitant followers).
    BUKAN. SEBENARNYA PENGIKUT YG BODOH SEBAB TU PERCAYA SANGAT PADA KENCING PH

    BalasPadam