Header Ads

ads header

Flash News

Rumah penduduk diroboh juga hari ini


SHAH ALAM: “Di mana sikap keperimanusiaan Kerajaan Negeri Selangor apabila mengambil tindakan meroboh rumah tanpa pemberitahuan terlebih dahulu kepada penduduk?” luah penduduk, Faisel Mohd Shapie.

Katanya, tidak dinafikan telah ada notis perpindahan yang diberikan selama 30 hari yang berakhir pada 5 September lalu.

Bagaimanapun ujarnya, kerajaan negeri melalui Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R Sivarasa telah memberi tempoh penangguhan sehingga bulan November selepas penduduk membuat permohonan penangguhan pada 4 September lalu.

“Namun apa yang berlaku, hari ini tiba-tiba rumah penduduk dirobohkan tanpa memberi sebarang pemberitahuan.

 
“Penduduk tidak membuat apa-apa persediaan kerana ingat tiada sebarang perobohan sehingga November.

“Sekarang ke mana kami nak pergi?” soalnya ketika ditemui di Sungai Kedongdong, Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh hari ini di sini.

Lebih menyedihkan katanya, apabila penduduk tidak mempunyai tempat tinggal apabila rumah mereka dirobohkan.

Faisel berkata, penduduk tidak meminta sebarang pampasan atau sebagainya, hanya memerlukan tempoh sehingga hujung tahun ini sahaja berikutan tanah yang diduduki mereka hak milik kerajaan.

Bagaimanapun, sesetengah penduduk mempertikai apabila mereka mempunyai geran tanah persendirian, tetapi tetap dirobohkan.

Terlebih dahulu, sebanyak lebih kurang 92 buah rumah akan dirobohkan pada hari ini bagi perlaksanaan projek perlebaran Sungai Kedongdong. – HARAKAHDAILY 18/9/2019



MR :  ............


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Di zaman KERAjaan PH, sebilangan rumah kaum Melayu dirobohkan tanpa peri kemanusiaan seolah-olah kaum Melayu adalah pendatang asing.

    Sebaliknya, puak china komunis dari negara China Komunis pula ditawarkan rumah oleh KERAjaan PH. Selepas ini apa pula? Pemberian kerakyatan kepada puak china komunis pula?

    Adakah ini dasar apartheid KERAjaan PH pimpinan DAP iaitu kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. ?

    BalasPadam
  2. melayu.. pi jahanam laa... undi lagi...

    BalasPadam