Header Ads

ads header

Flash News

Pertelingkahan pemimpin PKR: Dr Siddiq Fadzil sesuai jadi orang tengah - Penganalisis


KUALA LUMPUR: Individu yang mesra dengan parti PKR tetapi bukan orang politik merupakan kriteria dalam pelantikan orang tengah bagi memadamkan api pertelingkahan melibatkan kepimpinan tertinggi PKR.

Timbalan Pengarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berpendapat Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Datuk Dr Siddiq Fadzil sesuai dilantik sebagai orang tengah kerana beliau mempunyai pengetahuan yang luas tentang perkembangan parti tersebut selain dihormati kedua-dua pihak.

“Prof Siddiq dilihat boleh jadi orang tengah kerana beliau merupakan seorang individu yang disegani dalam ekosistem parti PKR dan beliau juga seorang yang bijaksana.

“Beliau merupakan bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan sebahagian besar ahli PKR adalah daripada gerakan ABIM. Oleh itu, beliau dihormati dalam kalangan ahli dalaman PKR.
“Beliau juga tidak langsung terlibat dalam Pakatan Harapan (PH) tetapi dilihat mesra dalam PH, khususnya dalam parti PKR sendiri,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.

Katanya lagi, Siddiq yang merupakan orang belakang tabir dalam gerakan PKR sememangnya menjadi nama yang disebut-sebut untuk dilantik sebagai orang tengah dalam mendamaikan pihak yang berselisih faham.

Perbalahan melibatkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kem Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang disertai Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin dilihat semakin hangat diperkatakan kebelakangan ini.




Bagaimanapun, beliau berpendapat tiada keperluan buat masa ini untuk melantik orang tengah dalam meredakan pertelagahan.

Hal ini kerana Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan seorang pemimpin yang berpengalaman dalam dunia politik dan tahu caranya untuk menyelesaikan masalah sebegini.

“Dari segi kepimpinan, Anwar merupakan seorang yang berkarisma dan kepimpinannya dihormati oleh pihak dalam dan pihak luar serta kawan dan lawan politik beliau.

“Tetapi isu ini dapat diselesaikan sebenarnya di peringkat kepimpinan tertinggi sahaja.

“Jika berlakunya darurat, saya berpendapat ia merupakan satu keperluan. Kalau tidak, Anwar lebih tahu cara menyelesaikannya kerana Anwar yang mencetuskan gerakan keadilan tersebut,” katanya.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan