Header Ads

ads header

Flash News

'Bunting’, Khalid Samad pun bodoh nak jadikan isu - Ini taraf Menteri PH


KUALA LUMPUR: Tuduhan Khalid Samad kononnya Umno menipu tentang jumlah “bunting” Himpunan Penyatuan Ummah yang dipohon parti itu menunjukkan perangai sebenar kepimpinan menteri Wilayah Persekutuan itu, kata Annuar Musa.

Setiausaha Agung Umno itu hari ini tampil membuat penjelaskan bahawa hanya 150 bunting sahaja yang telah dipasang sepertimana kelulusan yang diberikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) walaupun permohonan asal yang dibuat adalah untuk 1,000 bunting.

“Dia mengunakan bahasa yang kurang cantik, Tweet kata pasang (bunting) 1,000. Saya rasa ia memberi gambaran tentang karakter seorang yang bergelar menteri. Saya fikir beliau seharusnya bertindak sedemikian. Beliau menuduh seolah-olah kita memfitnah.

“Kita telah pohon hitam putih (surat rasmi) pasang 1,000 dan kita bayar RM2,000 seperti mana disyaratkan DBKL. Kita mohon 1,000, tapi diluluskan 150 dan kita ikut apa yang diluluskan. Usahkan 1,000, pasang 300 pun tak sampai. 


“Takut dia bilang (macam mana tak tahulah),” katanya pada sidang media di Menara Datuk Onn, PWTC hari ini yang turut dihadiri Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan.

Terdahulu Annuar dalam hantarannya di Twitter turut memaparkan surat kelulusan DBKL mengenai pemasangan “bunting” di sekitar PWTC, di sini.

Lokasi tiang lampu yang dibenarkan ialah di Jalan Putra, Jalan Tun Ismail, Jalan Tun Razak, Jalan Chow Kit, Jalan Loke Yew, Jalan TAR dan sekitar kawasan Masjid Negara.

Terdahulu, Naib Ketua Umno Bahagian Seputeh, Mohd Razlan Rafii menerusi akaun Twitter berkata, DBKL merampas dan menurunkan “bunting” yang baru dipasang oleh petugas parti itu.

Khalid menyifatkan kenyataan Razlan itu tidak boleh dipercayai kerana surat permohonan hanya menyebut Umno memohon untuk memasang 150 “bunting” sahaja.

Ia mencetuskan perang mulut antara kedua-dua pemimpin Umno dan kerajaan itu di media sosial.

Terkini Khalid akhirnya akur bahawa Umno memohon untuk memasang 1,000 “bunting” bukannya 150 seperti yang didakwanya sebelum ini.

Beliau berkata, DBKL telah mengesahkan bahawa Umno memohon untuk memasang 1,000 “bunting”.

“DBKL minta maaf kerana sebut permohonan untuk 150 dalam surat kelulusan mereka. Saya rujuk surat DBKL,” katanya di Twitter.

Himpunan Perpaduan Ummah anjuran Umno dan PAS bermula esok di PWTC. Ia dijadualkan berakhir pada Sabtu dengan perisytiharan dokumen Piagam Muafakat Nasional yang mengesahkan kerjasama politik antara 2 parti politik terbesar orang Melayu itu.



MR :  Menteri PH ni kerja tak tahu nak buiat, buat kerja yang tak sepatutnya... pasal tu kerajaan makin lembab


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Masih pemikiran pembakang kerja ashik nak hentam

    BalasPadam
  2. Khalid samad.

    hang tak pernah ada perasaan malu ka..?
    Keja nak MENIPU jaa..

    Apa kata hang tunjuk surat yg 'kononnya' DBKL silap type 1000 tu.. tunjuk la... bersihkan la nama hang tu skit. Dah terlampau kotor dh tu.

    HAHAHAHAHA..khalid..khalid..

    BalasPadam
  3. dahlah menipu ..menghina pulok ..puak puak memang suka menghina..

    BalasPadam