Header Ads

ads header

Flash News

Politik Hipokrit dan membodohkan Melayu Islam Pakatan Harapan


Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kelihatan sudah berdamai dengan pendakwah terkenal Dr Zakir Naik.

Kedua-duanya makan malam bersama di rumah Syed Saddiq di Petaling Jaya, hanya sepuluh hari selepas menteri itu menggesa supaya Zakir dihantar pulang susulan ucapan kontroversinya baru-baru ini.

Bagaimanapun, gesaan menteri belia dan sukan itu mendapat kecaman di kalangan pengguna media sosial Melayu Islam, dan sumber memberitahu Syed Saddip turut mendapat tempias bidasan daripada penyokong dan ahli Bersatu.
Iklan

Pada suatu hantaran di media sosial hari ini, Syed Saddiq menyertakan bersama gambar beliau duduk semeja bersama pendakwah itu.

"Tidak ada seorang pun dalam dunia ini yang bebas dari melakukan kesilapan. Dr Zakir Naik sudah minta maaf.

"Saya sendiri banyak kali lakukan kesilapan dan kena berlapang dada bila ditegur. Tidak perlu nak mendabik dada dan mengeruhkan keadaan lagi. Tidak perlu nak menghina dan mencaci.

"Let’s move on. Negara ini perlu penyembuhan," katanya di Instagram.

Isu Zakir Naik pula menjadi kontroversi susulan kenyataannya ketika berceramah di Kelantan pada 8 Ogos lalu apabila mempersoalkan kesetiaan penganut Hindu warga negara Malaysia.



Ketika mengulas pertuduhannya di India, Zakir telah berkata rakyat Malaysia beragama Hindu lebih menyokong kerajaan India berbanding Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau juga telah membuat beberapa kenyataan mengenai orang Cina Malaysia memanggilnya sebagai "tetamu lama."

Hal itu mencetuskan desakan supaya dia dihantar pulang ke India.

Untuk rekod, Zakir telah memohon maaf serta menafikan semua tuduhan terhadapnya dan mendakwa kenyataannya mengenai orang Cina dan India rakyat Malaysia telah dipetik di luar konteks ucapannya. Beliau juga menyaman 4 pimpinan PH yang memutarkan kenyataannya dan menambah suasana keruh ini.

Polis telah memulakan siasatan dan mengambil keterangan daripada pendakwah itu.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador pada 20 Ogos lalu memaklumkan Zakir tidak dibenarkan memberi ceramah melalui semua wadah, termasuk media sosial.

Beliau berkata larangan memberi ceramah di seluruh negara itu terpakai sehingga siasatan polis selesai.

Semalam, Perdana Menteri Dr Mahathir berkata Malaysia tetap kekal dengan pendirian sebelum ini walaupun desakan mahukan Zakir dihantar pulang ke India cukup kuat.

Dr Mahathir memutuskan untuk Zakir Naik terus tinggal di negara ini dan tidak akan diusir.

MR :  PH parti kencing rakyat, putar belit dan suka membodohkan rakyat dengan sikap hipokrit dalam banyak isu. Mereka fikir rakyat bodoh untuk berfikir dengan waras


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Terbaik Syed..tahniah

    BalasPadam
  2. ni semua DRAMA ja dari menteri mentah takda akal ni.
    dia tau dari kecaman di FB/twitter kepada dia menunjukkan melayu islam dh meluat dah dengan dia ni.

    sudah la budak wei.. hang bila pulak nak MINTAK MAAF..?
    bukan stakat sebab mulut celupar nak halau zakir naik ja.. tapi sebab janji 100 hari pun tkda sorang pun dari PH yang mintak maaf.

    Puihhh

    BalasPadam