Header II

Header ADS

Najib Terima RM642 Juta Derma Dari Arab Saudi Bukti Shukri Bekas KP SPRM Berbohong!


Pada tahun 2015 tentu kita masih ingat lagi kata-kata Tun Dr Mahathir bahawa, “Orang Arab gila pun tak akan derma RM2.6b”. Begitulah tahun seterusnya mereka terus memperlekeh pemberian derma Arab itu.

DERMA ARAB GILA
Paling celaka ialah kata-kata Dato’ Sri Shukri Abdul bekas KP SPRM pada 22 Oktober 2018 berkata “Tiada bukti RM2.6b duit derma”. Agaknya kalau ditakdir dia mati esok pastinya dia tak sempat meminta maaf fitnahnya terhadap Najib Razak.

KP SPRM SHUKRI
Seorang lagi ialah 26 Oktober 2018, Menteri Luar Negeri Datuk Saifuddin Abdullah orang yang memutarbelitkan kenyataan Menteri Luar Arab Saudi Adel Ahmed Al-Jubeir berhubung derma RM2.6 bilion tidak ada kena mengena dengan kerajaan Arab Saudi walaupun sebelum ini telah disahkan menerima derma itu.

Akhirnya pada 24 Ogos 2019 Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPj) Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM Rosli Husain, 54,mengesahkan terdapat kemasukan dana sebanyak RM642 juta daripada Kementerian Kewangan Riyadh (Arab Saudi) dan Putera Faisal Turki ke dalam akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dana berkenaan dimasukkan ke dalam akaun bekas Perdana Menteri itu yang bernombor akhir 694.

Rosli berkata, demikian ketika disoal peguam Harvinderjit Singh pada hari ke-56 perbicaraan kes Najib yang menghadapi tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Harvinderjit: Dalam siasatan kamu, adakah kamu juga menyiasat akaun di atas nama Datuk Seri Najib berakhir nombor 694

Rosli: Ya, ada

Harvinderjit: Adakah kamu boleh mengesahkan dalam akaun itu ada kemasukan duit daripada Prince Faisal bin Turki?

Rosli: Ada

Harvinderjit: Jumlahya lebih kurang RM399 juta?

Rosli: Ya, lebih kurang.

Harvinderjit: Ada kemasukan duit dari Kementerian Kewangan Riyadh (Arab Saudi) sebanyak RM243 juta?

Rosli: Ada

Ketika ditanya mengenai undang-undang yang diguna pakai SPRM, supaya AmBank menyemak dengan suruhanjaya itu terdahulu sebelum membenarkan Najib mengakses dokumen banknya, saksi berkata beliau tidak merujuk pada mana-mana undang-undang tetapi menggunakan inisiatif sendiri untuk memberitahu AmBank supaya merujuk kepada SPRM sebelum membenarkan Najib mendapatkan dokumen bank.

Harvinderjit: Saya mencadangkan, kamu mengarahkan bank supaya tidak memberi dokumen kepada pembelaan supaya pembelaan tidak dapat meneruskan kes?

Rosli: Tidak sama sekali, Yang Arif.

Saksi itu juga berkata, beliau tidak tahu nama penuh pegawai penyiasat SPRM yang mengendalikan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Seingat saya namanya ialah Aidah, penguat kuasa kanan… tetapi saya tak tahu nama penuhnya,” katanya.

Harvinderjit: Bukankah Aidah rakan sekerja kamu?

“Ya, Aidah rakan sekerja saya. Tapi dia bukan isteri saya, jadi saya tak pasti nama penuh beliau,” katanya, yang mencetuskan gelak ketawa orang ramai dalam mahkamah.

Najib Razak berdepan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, satu pertuduhan menyalah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Sejak awal perbicaraan tidak dapat dipastikan kemana hala tuju sasaran pasukan pendakwaan apabila yang dtunjukkan saksi-saksi membuktikan kebaikan Najib. Paling penting ialah saksi membuktikan wujudnya akaun derma daripada Kerajaan Arab Saudi.




Perkembangan ini sudah membuktikan Najib tidak bersalah dan menunjukkan Tun Dr Mahathir, Dato’ Seri Shukri bekas KP SPRM dan Dato’Seri Saifuddin Menteri Luar, telah berlaku kesilapan dan fitnah keji berhubung derma daripada kerajaan Arab Saudi. Malah seawal 2016 media antarabangsa BBC News turut mengesahkan derma Arab Saudi itu.

Persoalannya, mengapa Shukri Abdul bekas KP SPRM itu dengan kejinya memilih untuk berbohong?

MOHD NASIR ISNIN



MR :  Akhirnya temberang PH pecah, PAS bijak tak bersama dengan PEMBOHONG


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

16 ulasan:

  1. Pemberian Putera tu mewakili Syarikat atau kerajaan...???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan najib jer dpt sumbangan derma dpd kerajaan atau kerabat saudi tapi bnyk lagi pemimpin dan negara Islam lain menerima dana/kewangan/derma dpd mrk.
      Sama dgn beberapa pemimpin2 politik di negara kita yg mendapat dana kewangan dpd yahudi zionis tapi malangnya tidak disiasat atau diwayangkan oleh manusia gila kuasa.

      Padam
  2. Ni lg satu... minda kau dgn maysikni lebih kurang je..

    BalasPadam
  3. Begitu lah minda sebilangan rakyat malaysia yang katanya orang yang bertamadun tapi agak malang kerana mereka lebih suka percaya terhadap fitnah dari mengkaji fakta,,dimana letaknya minda kelas pertama rakyat malaysia,, saya berpendapat perbicaraan ini tidak lebih dari mengaib dan memalukan dsn,, bagi saya hakim tak perlu membacakan keputusan penghakimanya kerana bagi mereka yang faham bahasa mahkamah dah tau keputusanya,, kebenaran semakin terserlah hidup DSN......

    BalasPadam
  4. Kalau sudah terbukti dana berkenaan sumbangan dari arab saudi dan putera faisal mana mana pemimpin yg fitnah dsn mintak maaf je lh...

    BalasPadam
  5. Dia malu dgn rakyat sendiri untok pinta maafdgn ds najip

    BalasPadam
  6. Moga kebenaran berpihak DSN .

    BalasPadam
  7. saya sokong pandangan anda.,hidup DSN...

    BalasPadam
  8. Allah akan tunjuk kebenaran didunia lagi oleh itu waspadalah kita jangan mengikut kehendak dunia yang sementara ini RAMAI KITA TERTIPU OLEH NAFSU.

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah.. pastinya yg akan melenyapkanyg batil.

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah.. pastinya yg HAQ akan melenyapkan yg batil

    BalasPadam
  11. bab duit ni aku tak heran sgt.. derma ka atau bukan.

    yg bab altantuya tu cam mana pulak..?
    BUNUH tu besar dosanya...

    yg teringin najib jadi PM balik tu fikir la rasional skit.

    samun duit tu hal biasa pemimpin zaman skarang ... bunuh tu dh hal lain.

    BalasPadam
  12. Apalah bodoh sangat kau ni Zul... dah PH berkuasa sekarang, dah lebih setahun daahhh, tak dakwa kat Mahkamah ... Maknanya itu semua fitnah laa,bangang...!!!

    BalasPadam
  13. Agak heran juga yg dinyatakan wang derma dari putera raja & kerajaan arab saudi adalah RM 642 juta, sekarang yg dihebohkan RM 2.6 B.
    Dimana perbezaan jumlah ini.
    Jadi kita tunggulah episod perbiaraan 1mdb nnti.

    BalasPadam
  14. Baik matdet.. Baik bks KP sprm.. Baik menteri luar saifudin... Sepatutnye 3 org ni kena dakwa kerana memfitnah semata2 tamak kuasa... Semoga mereka bertiga ini dpt pembalasan allah kerana fitnah besar...

    BalasPadam
  15. Semoga kebenaran akan terbukti.hidup dan.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.