Header Ads

ads header

Flash News

Kepercayaan rakyat jangan dipandang enteng

PENUBUHAN Tabung Wakaf Sumbangan Masjid (TWSM) merupakan satu langkah imperatif dan proaktif yang dilihat bakal meneguhkan kepentingan masa depan agama dan umat Islam khususnya di negeri ini. Hasrat yang disungguhkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang sebagaimana objektif futuristik yang diperincikan itu dilihat mampu menjamin umat Islam untuk kekal bermastautin di Pulau Mutiara ini.

Bahkan sebenarnya, nilai sumbangan 10 peratus dari hasil Tabung Jumaat itu terlalu kerdil, berbanding hasrat murni yang ingin dicapai. Maka, seharusnya umat Islam di negeri ini segera "fastabiqul khairat"(berlumba membuat kebajikan) dan "ta'awanu alal birri wattaqwa" (bertolongan dalam urusan takwa) agar tujuan tersebut tercapai demi agama dan umat Islam. Pelaksanaannya mesti diberikan dukungan teguh sebagai agenda agama ini sendiri, serta perpaduan dan jariah wakaf ummah.

Namun, aspek kepercayaan umat Islam di negeri terhadap integriti berkait urus tadbir berkaitannya amat penting dijaga pelihara. Setelah pula perasaan umat di Pulau Pinang pernah dicederakan oleh tindakan Adun bukan Islam yang menyampaikan zakat pada Ramadan lalu. Ianya dianggap satu malapetaka dan campur tangan politik yang tidak wajar kerana melibatkan kepentingan agama dan umat Islam.

Jika zakat yang merupakan urusan ibadah umat Islam juga telah sewenangnya diperlakukan demikian, apakah jaminan Tabung Wakaf itu nanti selamat dari 'diceroboh dan dirompak'? Umat Islam pasca PRU14 tidak naif untuk memahami tabiat politikus berkepentingan yang bukan sahaja sedia melanggar hukum agama, malah dengan kuasa berani meragut dan menindas hatta terhadap penguasa agama iaitu Sultan dan Raja-raja.

Oleh itu demi menjaga sandaran keyakinan umat ini terhadap perkara ini, suka kami cadangkan supaya dibentuk Pemegang Amanah untuk mengurus dan melapor secara terbuka aliran penggunaan serta keputusan berkaitan. Pemegang Amanah ini pula mestilah dilantik secara rentas parti, malah mesti dijauhi dari pemerintah untuk mengelakkan isu konflik kepentingan dan seumpamanya.

Masalah kepercayaan awam ini amat serius, apatah lagi sudah beredar skeptikal bahawa ianya langkah awal Kerajaan Pulau Pinang untuk memantau aliran kewangan masjid selain mengurangkan peruntukan untuk hal ehwal agama Islam di masa depan. Jangan mudah menuduh ada pihak sengaja mahu memanipulasi atau sensasikan isu ini, tetapi hakikatnya umat Islam selaku rakyat adalah pemantau hisbah terbaik dalam memberi penilaian.

"Islam Memimpin Perpaduan"

IR AHMAD RAFAIE DATO' IR A RASHID
Ketua Penerangan
PAS Negeri Pulau Pinang

- HARAKAHDAILY 12/8/2019


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. saya sokong cadangan ni..

    perlu diselesaikan segera permasalahan ini, kerana takut akan memudaratkan masjid/surau di pulau pinang apabila ramai dari ummat islam yg kini mula teragak-agak nak menderma kerana takut disonglap oleh orang yg tak sepatutnya.

    jangan sampai masjid/surau di penang kehilangan modal untuk menguruskan diri.

    Masalah ini dipandang serius oleh semua lapisan masyarakat islam di pulau pinang.


    -budak penang

    BalasPadam