Header II

Header ADS

Cuba tanya Anwar..." Do you still have the numbers?"


Bang!!! You're dead.

Tahun 1987, berlaku krisis dalam Umno antara Team A yang dipimpin oleh Mahathir-Anwar dengan Team B yang dipimpin Tengku Razaleigh-Musa Hitam.

Dalam Pemilihan Umno April 1987, Mahathir menang tipis dengan 43 undi dengan bantuan blackout walaupun sebelum itu Tengku Razaleigh sedang mendahului.

Mahathir tak selamat dengan kemenangan itu. Dia perlukan kuasa yang lebih.

Satu strategi dilancarkan untuk mengukuhkan kedudukanya dengan menarik sokongan Melayu luar Umno. Satu dasar baru dicipta dimana kerajaan masuk campur dalam pengurusan sekolah cina.

Orang Cina membantah dan menggunakan Dong Jiao Zong sebagai pemangkin kebangkitan Cina.

Lee Kim Sai jadi hero orang Cina manakala Najib yang jadi Ketua Pemuda Umno jadi barua Mahathir. Dua-dua tiap hari bergaduh. Kita ditepi tepuk tangan.

25 Oktober, Najib lari ke Jakarta. Lee Kim Sai lari ke Australia.

27 Oktober, Ops Lalang bermula dan lebih 100 orang ditangkap dibawah ISA. Najib dan Lee Kim Sai selamat, tapi yang lain kena cekup.

Kedudukan Mahathir semakin kukuh kerana bukan saja Melayu Umno yang sokong dia, malah diluar Umno pun menganggap dia hero Melayu

Sekarang, sejarah berulang lagi. Dengan isu khat saja dah cukup untuk mewujudkan pertentangan antara Melayu dan bukan Melayu. Hari hari gaduh pasal bangsa.

Sebab apa? Mahathir rasa tak selamat sebab tiap hari Anwar dok canang, "I have the numbers."

Mahathir tak mampu untuk mempengaruhi majoriti orang PH untuk menyokongnya. Lantas dia perlukan sokongan Melayu Pas dan Umno.

Persefahaman antara Melayu-India telah digugatkan dengan isu Adib...dan dikemuncak kemarahan Melayu terhadap Cina dengan kes langgar mati Syed Muhammad Danial, tiba-tiba Mahathir jadi hero Melayu dengan menyalahkan Dong Jiao Zong sebagai rasis.

Habis semua terdiam. Bukan saja Anwar, Kit Siang dan Guan Eng jadi batu...penyokong PH pun terkedu. Kalau Pas atau Umno yang cakap, nescaya menderu posting yang mengutuk depa.

Tapi bila Mahathir yang cakap...semua jadi batu.

Cuba tanya Anwar..." Do you still have the numbers?"




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.