Header Ads

ads header

Flash News

Selepas dipecat, Ganapathy terus serang Anwar tak layak jadi PM


KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Cabang Seputeh, P Ganapathy yang dipecat semalam terus menyerang Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mendakwa beliau tidak layak untuk menjadi perdana menteri.

Beliau yang mendakwa menjadi ahli PKR sejak 1998 turut berkata, Anwar gagal meredakan keretakan dalam parti dan menyebabkan parti kini terbelah kepada dua pasukan.

“Jika Datuk Seri Anwar tidak boleh menjaga partinya sendiri dengan baik, dan gagal memupuk semangat kesatuan ahli apatah lagi Malaysia jika beliau diangkat menjadi Perdana Menteri.

“Saya merasakan beliau sebenarnya tidak lagi layak untuk menerajui PKR apatah lagi menjadi perdana menteri seperti yang dicanang yang oleh pihak-pihak pengampu beliau,” katanya dalam satu sidang media di ibu negara hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mendakwa Anwar mengamalkan dasar nepotisme dalam lantikan beberapa jawatan strategik parti.

Katanya, jawatan-jawatan itu diberikan kepada individu yang mempunyai pertalian persaudaraan atau persahabatan dengan Anwar.

Ketika ditanya samada beliau akan membuat rayuan mengenai pemecatannya, Ganapathy berkata beliau menegaskan tidak akan kembali kepada PKR sekiranya Anwar masih memegang jawatan Presiden.

“Saya tidak akan buat rayuan, kerana kalau rayuan saya itu diterima (parti), saya tidak lagi boleh terus mengkritik parti seperti sebelum ini juga kerana presidennya orang yang sama, disiplinnya orang yang sama dan orang-orang dibelakang Anwar juga orang yang sama.

“Saya rela tengok dan kritik parti dari luar sebagai rakyat Malaysia dan biar mereka nilai sendiri,” katanya lagi.

Bekas Ketua Cabang PKR Seputeh, Ganapathy Ponnusamy
Malah beliau turut tidak berpuas hati dengan Anwar kerana tuntutan bantuan kewangan kepada parti juga tidak diendahkan.

“Bila saya minta wang saya sebanyak RM84,000 untuk beli komputer, barang keperluan untuk Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dan juga Pilihan Raya Negeri Sarawak.

“Sehingga kini tuntutan saya tidak dijawab. Jika alasan saya tidak kukuh, mengapa parti tidak menjawab surat saya dan berikan alasan mengapa tuntutan saya ditolak,” katanya lagi.

PKR semalam memecat keahlian Ganapathy yang didapati melanggar disiplin parti kerana beberapa kali menyebar dan memuat naik di dalam laman sosial berita tidak benar, memfitnah serta membuat sangkaan jahat kepada pemimpin-pemimpin parti.

Perkara itu disahkan Lembaga Disiplin PKR dalam satu kenyataan. -MalaysiaGazette




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. lawak bro...

    dulu tahun 98 Anwar konon buat satu parti bermata satu untuk jatuhkan Mahathir..
    lepas 20 tahun...Mahathir yg nak dijatuhkan tu plak jadi ketua geng mata satu..
    tak sampai 2 tahun ja... yg nak dijatuhkan Berjaya memecah belahkan parti mata satu tu.
    sampai dh takda taring dibuatnya.

    Tapi takda sapa yg sedar sebab semua geng mata satu melihat menggunakan satu mata saja.
    tak Nampak atau saja2 buat tak Nampak..?


    BalasPadam