Header Ads

ads header

Flash News

Hebat Ayoh Wang kite...



BUKAN calang-calang, seorang lelaki yang dikenali sebagai Ayoh Wang oleh penduduk Kampung Besol, Bukit Besi dekat Dungun, berani berhadapan dengan seekor harimau sambil memegang ranting kayu serta `bercakap’ dengannya.

Ayoh Wang yang berusia lingkungan 60-an didakwa sebagai individu yang menghalau harimau berkenaan masuk semula ke hutan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Seorang saksi, Mohd Shah Aiman Mazlan, 24, yang merakam video dan gambar hingga tular di media sosial sejak tengah hari tadi berkata, kehadiran harimau itu dikesan sejak kelmarin oleh penduduk kampung dan semalam sudah dihalau masuk hutan.

"Ayoh Wang lah yang menghalau binatang berkenaan masuk hutan dan dia memang kerap dipanggil penduduk kampung jika menghadapi sebarang kecemasan.

"Hari ini (semalam) orang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu cuba menghalau harimau itu dengan melepaskan tiga das tembakan amaran, namun binatang itu tidak berganjak sehingga Ayoh Wang datang.

"Ayoh Wang bukan biasa-biasa, dia memang pakar menghalau haiwan berbisa dan berbahaya.

“Saya dapat dengar Ayoh Wang `bercakap’ dengan harimau berkenaan supaya pulang ke hutan dan jangan kacau penduduk di kampung ini," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, harimau berkenaan seolah-olah faham dan masuk ke Hutan Simpan Bukit Besi berhampiran.

"Kehadiran harimau berkenaan bukan untuk membahayakan orang kampung, mungkin hanya mahu orang kampung mengetahui kewujudannya di hutan berdekatan.

"Kami sedikit pun tidak berasa terancam dan berharap PERHILITAN tidak menangkap harimau itu serta membiarkannya saja di habitat asal," katanya.

Menurutnya, dia juga menafikan ada penduduk kampung yang membela harimau itu apabila melihat haiwan itu begitu jinak.

"Kalau betul harimau berkenaan keluar mencari mangsa, sudah lama penduduk kampung ini dimakannya, tetapi harimau ini langsung tidak usik manusia.

"Bayangkan, ada haiwan ternakan lalu di depannya pun tidak dilayan, kami pun pelik.

“Harimau ini memang jinak, saya nampak dia jilat tangan seorang pakcik yang jatuh tergolek atas jalan ketika cuba melarikan diri.

"Lebih menghairankan, harimau berkenaan seolah-olah hanya mahu bermain-main dengan penduduk kampung, ayam lalu depan mata pun tidak dilayan," katanya.

Selain itu, Mohd Shah Aiman mengakui terdapat dua ekor harimau di kawasan itu tetapi gambar dan video yang tular adalah haiwan yang sama kerana seekor lagi sudah masuk semula ke hutan lebih awal.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan