Header Ads

ads header

Flash News

Mat Sabu 'capatikan' janji


Bekas Perdana Menteri Najib Razak menyindir Menteri Pertahanan Mohamad Sabu kerana dikatakan gagal menunaikan janji untuk menghentikan amalan pengurniaan pangkat kehormat dan pemakaian seragam tentera kepada ahli politik dan selebriti.

Ini selepas Mohamad menyempurnakan pemakaian pangkat Brigadier Jeneral (Kehormat) Askar Wataniah kepada Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari hari ini.

"Tiga bulan je, janji sendiri dah dicapatikan.

"Menteri Besar PH (Pakatan Harapan) Selangor dan Ketua Menteri PH Melaka diberi pangkat kehormatan Brigadier Jeneral oleh Mat Sabu sendiri.

"Kalau suka mereka pun, sekadar belanja makan kari kepala ikan cukuplah. Ni siap bagi pangkat," kata Najib di Twitter hari ini.

Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam kenyataan medianya hari ini berkata pemberian pangkat Brigadier Jeneral kepada Amirudi dibuat atas kapasiti beliau selaku penaung Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (Jakpaw) bagi Selangor; manakala Adly pula selaku penaung Jakpaw bagi negeri Melaka.

"Penaung Jakpaw di setiap negeri adalah menteri besar/ketua menteri yang dilantik menerusi kelulusan Majlis Angkatan Tentera (MAT) dengan diperuntukkan pangkat Brig Jen (Kehormat).

"Selain daripada itu, perjawatan pengerusi Jakpaw dikhususkan kepada Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri. Pelantikan pengerusi Jakpaw dibuat oleh menteri besar/ ketua menteri/menteri Wilayah Persekutuan dengan diperuntukkan pangkat Kol (Kehormat).

"Kesemua perjawatan tauliah kehormat ini perlu mendapat kelulusan Majlis Angkatan Tentera (MAT) dan perkenan Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu sepertimana yang termaktub dalam Seksyen 198, Akta Angkatan Tentera 1972," kata kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini.

Kementerian itu berkata pelantikan Amirudin dan Adly sebagai Penaung Jakpaw di peringkat negeri berkuatkuasa pada 24 Mei lalu.

April lalu, Mat Sabu dilapor berkata amalan pemberian pangkat kehormat dan pemakaian seragam tentera kepada ahli politik termasuk selebriti akan dihentikan.

Katanya, langkah itu mendapat sokongan Raja-raja Melayu yang menjadi penaung kepada pelbagai cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Mereka (Raja-raja Melayu) amat mengalu-alukan langkah itu kerana penganugerahan ini boleh disalahgunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

“Jika hendak memakai pangkat dan sebagainya dalam kalangan orang awam ia perlu menjalani latihan ketenteraan seperti melalui pasukan Askar Wataniah dan bukan dianugerahkan melalui orang-orang politik,” katanya.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Pakatan Sarkis mengurniakan jawatan jeneral , field marshall, C in C dll kepada badut dan pelawak ternakan Pakatan Sarkis kerana mereka telah membantu Pakatan Sarkis kencing rakyat dengan pelbagai fitnah dan janji palsu dari dulu, kini dan selamanya.

    BalasPadam
  2. Kepala bapak syiah lidah biawak sembang lebat babi pun boleh terbang tetapi habuk pun tarak.

    BalasPadam