Header Ads

ads header

Flash News

Lelaki bakar kereta mufti Perlis mengaku cederakan pengarah Jaips


KANGAR: Polis mengesahkan lelaki yang membakar kereta rasmi Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin, Mac lepas, adalah individu sama mencederakan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (Jaips) Hazman Hassan pada September tahun lalu.

Ketua Polis Perlis, Noor Mushar Mohamad berkata susulan soal siasat minggu lepas, lelaki itu yang dikenali sebagai “Mie Tomoi” membuat pengakuan membakar kereta dan mengancam keselamatan mufti Perlis itu serta mencederakan Hazman.

Hazman cedera parah di bahagian muka setelah ditetak dengan senjata tajam dipercayai pedang samurai oleh seorang penjenayah yang memecah masuk rumahnya di Jalan Kampung Guru pada 3 Sept 2018.

“Mie Tomoi juga mengaku diberi upah individu lain untuk melakukan kedua-dua jenayah itu,” kata Noor Mushar kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis, semalam.

Mie Tomoi, 48, direman 6 hari sehingga hari ini kerana membakar kereta rasmi mufti Perlis, dan selepas itu dia akan direman bagi kes mencederakan pengarah JAIPs.

Mie Tomoi ditahan di Kuala Ketil, Kedah pada 6 Julai lepas, dan mempunyai 16 kes lampau berkaitan samun dan penyalahgunaan dadah serta pernah dihukum oleh mahkamah sebelum ini.

Seorang rakannya yang merupakan peniaga pasar malam, Azimar Abd Razak, 36, ditahan Mei lepas dan didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar, namun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

MR :  Ada mufti suka buat tuduhan sebelum siasatan, patutlah nabi kata 3 hakim/mufti, 2 masuk neraka


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan