Header Ads

ads header

Flash News

Celaka Hanipa kata Perarakan libatkan LGBT tak bercanggah perlembagaan


Perarakan Hari Wanita pada 9 Mac lalu, yang mencuri perhatian kerana disertai aktivis lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, kata Timbalan Menteri Undang-undang Mohamed Hanipa Maidin.

“Perarakan yang melibatkan sekumpulan LGBT semasa Himpunan Hari Wanita ini tidak bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan subseksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012,” kata Hanpa dalam jawapan parlimennya, semalam.

Perkara 10 merujuk kepada semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata.

Hanipa berkata demikian bagi menjawab soalan dari Anggota Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff yang bertanya mengapa penganjuran perhimpunan tersebut tiada tindakan selanjutnya dan dihentikan.
Iklan

Sedangkan katanya, perhimpunan itu melibatkan LGBT yang bercanggah dengan Islam dan Perlembagaan Persekutuan.

Mengulas lanjut, Hanipa berkata kerajaan telah melakukan hal tersebut dan siasatan polis mendapati penganjur telah menghantar notis 10 hari sebelum perarakan, sesuai dengan fasal 9 (1) ) Akta Perhimpunan Aman.

“Sekiranya pun benar dakwaan YB bahawa apa yang dilakukan bercanggah dengan Islam, pihak Peguam Negara tidak mempunyai apa- apa kuasa di bawah mana-mana undang-undang yang sedia ada untuk mendakwa apa-apa perbuatan yang dikatakan bercanggah dengan Islam,” kata Hanipa.

Pada 9 Mac lalu beberapa kumpulan wanita menganjurkan perarakan sempena Hari Wanita Antarabangsa.

Bagaimanapun kehadiran aktivis LGBT dan tuntutan yang disuarakan mereka mendapat kecaman pelbagai pihak, termasuk dalam kalangan ahli politik kerajaan serta pembangkang.



MR :  Nanti ada yang kata penjual dadah berhimpunan aman ok pasal tak gugat negara walaupun dadah macam LGBT bercanggah dengan perlembagaan negara


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan: