Header Ads

ads header

Flash News

UMNO Jangan jadi bodoh


UMNO jangan terperangkap dengan Mahathir ( TDM ) yang sedang menyusun strategi apabila melantik LKoya. sebagai KPJ SPRM. Ada perkara lebih besar dari itu sebenarnya. Tunggulah. Mereka sedang berantakan.

Pada TDM yang lebih penting ialah matlamat beliau. Sesuai dengan falsafah "mechivellei ". Kerana itu, walaupun ada bantahan dalaman dan jelas melanggari janji menifesto PRU. Semua itu tidak dipedulikan TDM. Yang penting langkah ini boleh menyekat pengaruh Anwar Ibrahim ( AI ) kerana umum tahu keadaan hubungan AI dengan LKoya.

Jadi bila pertempuran berlaku antara team TDM dengan team AI. Pemimpin UMNO jangan jadi "bodoh" mahu menjadi penyelamat kepada TDM atau AI Kalau ini berlaku UMNO@BN dengan sendiri "membunuh diri" dan menjerat lehernya sendiri. Pasti sekali lagi akan ditolak rakyat di PRU15 nanti.

Ingat ! Rakyat sedang memerhati. Ketika kebencian pada TDM memuncak, rakyat berdoa TDM jatuh, secara tiba tiba UMNO mahu menjadi penyelamat ? Takkah ini bodoh. Biarlah TDM jatuh atau AI. Kan ini yang ditunggu rakyat sekarang !

Jangan rasa selesa sangat dengan kemenangan di CH, Semenyih & Rantau. CH dan Rantau memang kubu kuat BN. Dan akuilah, UMNO belum betul betul kuat. Kemenangan itu dibantu oleh kemarahan rakyat kepada PH.Maknanya ramai undi BN kerana marahkan PH ! Kalau PH tunaikan segala janji & laburkan segala gala untuk rakyat, apa akan berlaku ?

Buatlah kerja dan perkukuhkan UMNO. Ini yang penting. Kemudian, buatlah analisa. Jangan letakkan kepentingan diri lebih daripada UMNO.

Jika TDM berperang dengan AI, parti mana yang akan bersama dengannya. Pastinya PPBM ( 27 Kerusi ), katalah Warisan ( 9 Kerusi ) , dan mungkin PAS ( 18 Kerusi ) akan menyokong TDM. Campur PPBM, Warisan & PAS baru 54 kerusi.

Kemudian apakah Azmin boleh membawa semua 50 MP PKR mengikutnya untuk sokong TDM ? Ia mustahil dan jangan nafikan kekuatan AI. GPS Sarawak, difahamkan sukar bagi TDM ?

Maknanya TDM tiada majoriti membentuk kerajaan. Samalah team AI, beliau hanya ada parti DAP ( 42 Kerusi ), PAN ( 11 Kerusi ), dan bukan majoriti PKR ikut AI.

Kalau UMNO tidak tidak menyebelahi mana mana team. TDM atau AI akan gagal membentuk kerajaan dan ini boleh membawa kepada Pilihanraya Umum ke 15. Inilah yang rakyat tunggu sekarang. Jadi buat apa UMNO jadi bodoh nak pertahankan TDM atau AI. Biarlah PRU15 berlaku.

Janganlah nak jadi penyelamat kepada politik pihak lain dan akhirnya UMNO tidak mendapat apa apa kelebihan kecuali beberapa individu dalam pimpinan UMNO yang mahu selamatkan diri.

Jadi janganlah UMNO mengambil tindakan yang akan menyebabkan UMNO sekali lagi ditolak rakyat. Kekalkan lah menjadi pembangkang buat masa ini. Rakyat suka UMNO begini dan buat perubahan dan kembali bangkit dalam PRU 15.

Janganlah ambil jalan merosakan masa depan UMNO dengan menyokong untuk selamatkan orang lain iaitu TDM atau AI. Kerana UMNO yang akan ditolak rakyat nanti kerana buat tindakan yang dilihat paling bodoh.

" Rakyat cukup marahkan TDM. Bila TDM nak jatuh. UMNO pula buat sokongan. Inikan bodoh namanya. Tak payahlah nak bentuk kerajaan bersama TDM, PAS, Warisan. Rakyat tidak mahu kerana TDM tidak disukai sekarang.

 RAKYAT YANG SEDANG LIHAT UMNO

Rafi Awang Kechik





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan