Header Ads

ads header

Flash News

Azmizam Zaman Huri, Adun Perlabuhan Klang Tuduh Lokman Merancang Video Lucah - Dengar Jawapan Balas Lokman Adam


ADUN Perlabuhan Klang yang juga merupakan Ahli MPP PKR menuduh saya merancang video lucah Azmin kerana tindak balas cepat saya membuat laporan SPRM dan Polis.  Menurut beliau, masakan saya tidak tidur.

Ingin saya akui, saya belum tidur ketika saya menerima video seks luar tabie yang dipercayai Azmin bersama Haziq itu pada jam 1.19 pagi 11hb Jun, 2019 dan ya, memang saya tidak tidur selepas itu kerana saya terus menulis kenyataan media dan draf laporan SPRM serta laporan Polis itu sendiri.  Selepas itu saya telah menanyakan pandangan satu dua sahabat samaada saya wajar membuat laporan tersebut, kemudiannya saya sendiri telah memangil pihak media dan membuat hebahan.

Sepatutnya Azmizam lebih tahu bahawa kami kini Pembangkang dan perlu melakukan hampir segala-galanya sendiri, lqinlah kalau UEM Group Bhd ada memasukkan dana berjuta ringgit di dalam akaun saya diluar negara macam yang Boss Azmizam dapat.

Setelah buat hebahan, saya telah pergi ke SPRM untuk membuat laporan, selepas itu ke IPD Putrajaya untuk membuat laporan polis dan memberikan keterangan pertama, selepas itu saya kena ke SPRM semula dan memberikan keterangan kepada pihak SPRM yang mengatakan bahawa mereka mahu menghantar laporan terus ke JMM untuk memutuskan samaada kes ini akan diambil tindakan ataupun tidak.

Selesai di SPRM sekitar jam 6.45 petang dan selepas itu saya singgah ke Nasi Lemak Royal di Ayer 8, Putrajaya untuk menjamu teman-teman yang bersama saya membuat laporan.  Hanya sekitar jam 12.00 am 12/6/2019 baru saya dapat melelapkan mata.  Ya saya bukan robot, saya juga perlu berehat, tetapi bagaimana saya hendak tidur :

1. Seperti Azmizam, saya juga rapat dengan Azmin. Walaupun saya percaya Anwar seorang peliwat, saya mati-mati tidak percaya dengan dakwaan Umi Hafilda tahun 1998 bahawa Anwar bukan hanya menggunakan isteri Azmin, tetapi dia juga menggunakan Azmin. Apa yang Umi kata tidak boleh masuk dalam benak pemikiran saya, walaupun cerita Umi menceritakan bagaimana dia menghantar Azmin ke Hospital dalam keadaan punggung berdarah. “I cannot Brain” bak kata Khalid Ismath.  Tetapi bila tengok video tersebut, ditambah dengan pengakuan Haziq, saya dapat memahami keadaan Azmizam yang sama bodoh seperti saya, menafikan Umi Hafilda dulu.

2.  Bagaimana saya boleh tidur dalam keadaan, lelaki didalam video itu dikatakan mahu diangkat oleh Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri menggantikan beliau.  Adakah kita mahu orang yang mempunyai dua alam seperti ini menjaga kepentingan Agama dan Bangsa kita?

3.  Bagaimana saya boleh tidur, apabila peluang disorong dihadapan mata saya untuk mendedahkan kepada rakyat sifat sebenar pemimpin Pakatan Harapan yang sebelum ini rancak menabur fitnah ke atas Pemimpin Barisan Nasional.

Sebelum terus lalai diperdaya pimpinan Pakatan Harapan, ada baiknya Azmizam memikirkan secara mendalam, siapakah yang akan meraih keuntungan selepas semua watak utama Pakatan Harapan hilang kelayakan untuk menjadi Perdana Menteri menggantikan Mahathir?

Anwar Ibrahim - Kes Liwat Azizan dan Saiful
Azmin Ali - Kes Rasuah dan LGBT
TSMY - Kes Nika Gee dan Sakit
Mat Sabu - Syiah, Zaza dan memang bukan dalam senaraipun

Yang masih bersih (Kecuali Kalau Kes Macamana Dia Jadi Billionaire diSiasat) dan tiada orang macam Haziq nak dekat kerana kepalanya yang tidak berambut, hanyalah Boboi seorang.  jadi sebelum menuduh saya, tolehlah kiri kanan kawan yang rapat dengan anda dulu.

Lokman Adam

https://youtu.be/Lf3u6hqmgQ4



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan