Header Ads

ads header

Flash News

Selepas berkonspirasi dengan saksi kes, kini Shukri KP SPRM arah sekat peguam Najib akses fail bank


Kekalahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada kes berprofil tinggi bekas Exco Johor, Datuk Abdul Latif Bandi bersama anaknya Ahmad Fauzan Hatim dan perunding hartanah, Amir Shariffuddin Abd Raub, tanpa dipanggil membela diri sangat memalukan SPRM. Kesimpulannya kes SPRM kalah kes itu.



Ketiga-tiga mereka dibebaskan daripada 37 pertuduhan rasuah serta kes Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) berjumlah lebih RM30 juta.

SPRM dilaporkan akan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi susulan keputusan Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskan Datuk Abdul Latif Bandi. Tapi percayalah SPRM akan terus kalah kes tersebut.

Kerapuhan SPRM dan kebodohan pegawainya

Keghairahan Dato’ Seri Shukri KP SPRM untuk membalas dendam hanya akan memerangkapnya dikemudian hari.



Membawa pegawai SPRM dari TM, KPKPj Mohamad Zamri Zainul Abidin, mengurus AMLA akan lebih memburukkan SPRM. Kalah kes Datuk Mirza Mohammad Taiyab Ketua Pengarah Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia (LPPM), gagal pada Ops Gergaji’ walau 519 akaun syarikat dan individu bernilai hampir RM700 juta dibekukan, terbaru kes Latif Bandi dan banyak lagi kes beliau gagal kerana jenis terburu-buru dan tidak terperinci.


KPKPj Mohamad Zamri Zainul Abidin
Pegawai bermasalah itu pasti akan menambahkan lagi koleksi kekalahan kes SPRM dan tidak mustahil kes SRC dan 1MDB yang dihadapi oleh Dato’ Sri Najib sekarang.

AG, Pendakwa dan SPRM sekarang hanya mampu memainkan persepsi media rakyat untuk membunuh imej Najib namun secara teknikal SPRM mengakui terdapat banyak kekurangan mereka untuk bertempur dengan pasukan peguam bela Najib. Oleh itu mereka akan menghalang segala cara untuk melumpuhkan pasukan peguam bela Najib.

Saman sivil pelucutan hak barang rampasan

Terdesak tidak dapat membuat pendakwaan terhadap barang rampasan 8 Mei lalu kerana kekurangan bukti Peguam Negara dan kerajaan PH mengambil langkah membuat saman sivil bagi pelucutan hak barang rampasan. Tujuannya hanya satu tempoh sitaan itu akan luput dua hari lagi pada 18 Mei ini jadi mereka perlu melengahkan lagi kes itu. Lebih buruk barang bernilai RM710 juta tu bukan milik Najib seorang tetapi individu, syarikat dan badan lain.



Membuktikan SPRM menjadi suruhan untuk melawan kes Najib, 9 Mei lalu media melaporkan Saksi ke-34 mengaku SPRM telah membantu bina ayat bagi keterangannya sebagai saksi di mahkamah

Amirah saksi ke 34 mengaku maklumatnya disusun oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Nampak tak permainan SPRM?



SPRM sekat akses fail bank



Betapa takutnya SPRM… semua transaksi perlu dilihat kepada siapa dan kemana. Kenapa nak pilih item-item tertentu. Namapun akaun Najib. Jadi Peguam perlu tahu kemana semua urusan itu. Dan mengesahkan bagaimana wang itu mudah dipindahkan kepada pelbagai pihak

Najib dalam facebooknya mendakwa sebelum ini, pihak pendakwa raya berulang-kali menolak permintaan proses “discovery” dari peguamnya untuk mendapat dokumen-dokumen berkatian dengan kes SRC dari pihak SPRM dan Pendakwa Raya.

Terbaru 15 Mei 2019 SPRM tiba-tiba menghantar surat kepada pihak bank untuk menyekat butiran-butiran transaksi akaun milik Najib daripada dihantar kepada peguam-peguam belanya. Untuk apa sekatan itu?

Sebelum ini, mahkamah juga telah diberitahu bahawa adanya dokumen bank yang membuktikan Kementerian Kewangan Arab Saudi dan putera-putera Arab pernah menghantar dana kepada akaun bank Najib.

Jadi semua transaksi itu perlu diteliti. Mengapa SPRM menghalang jika tidak kerana bimbang.

Tahukah anda siapakah yang membuat arahan dari SPRM untuk menghalang Najib dan peguamnya akses ke akaun Najib?

Tidak lain dan tidak bukan Mohamad Zamri Zainul Abidin budak suruhan Dato’ Seri Shukri KP SPRM.


laporan MalaysiaKini:
Pembelaan bantah arahan SPRM sekat akses fail Ambank
1.45 tengah hari: Perbicaraan disambung dengan pasukan pembelaan menyuarakan rasa tidak puas hati kepada hakim berkenaan arahan yang dikeluarkan SPRM kepada Ambank, yang menghalang Najib dan peguamnya untuk mendapatkan dokumen berkenaan akaun banknya yang telah ditutup.



Peguam Muhammad Shafee Abdullah dan Harvinderjit Singh berkata Ambank telah memberikan dokumen yang diperlukan selama setahun setengah kepada mereka untuk membuat persediaan dalam perbicaraan.

Namun, kata mereka, ia terhenti baru-baru ini apabila seorang pegawai Ambank memberitahu pihaknya telah diarah oleh SPRM untuk tidak memberikan sebarang dokumen berkenaan akaun Najib tanpa kebenaran mereka.

Kata Shafee, arahan itu menjejaskan persediaan pembelaan anak guamnya dan pengesahan dokumen-dokumen utama.

“Kami memerlukan dan berhak ke atas dokumen ini. Pemegang akaun sentiasa berhak terhadap dokumen, sama ada ia masih diteruskan atau telah ditutup… Untuk tahu transaksi (yang dibuat).

“Tiada asas untuk SPRM untuk melakukannya. Mereka tidak boleh berbuat demikian, kerana ini akaun anak guam saya,” kata Shafee.

Dia mendakwa arahan itu diberi oleh pegawai penyiasat SPRM yang dikenali sebagai Rosli ( anak buah Mohamad Zamri Zainul Abidin).

Pasukan pembelaan memberitahu hakim mereka telah menghantar emel berkenaan perkara itu kepada mahkamah.

Seorang anggota pendakwaan kemudian memberitahu mahkamah bahawa mereka perlu membincangkan perkara itu terlebih dahulu sebelum memberi maklum balas, memandangkan emel itu yang diterima sebaik sebelum mahkamah berehat pada pukul satu tengah hari tadi. https://www.malaysiakini.com/news/476168

Kamu nampak betapa buruknya jika Pegawai SPRM menjadi anjing Kerajaan PH? Sebab itu kes Shafie Apdal yang terang-terang saksinya pegawai Gred 54 memiliki wang RM29 juta pun boleh bebas tak didakwa hanya kerana semata-mata ‘kawtim’ untuk menutup kes rasuah Shafie Apdal.

Sumber LINK







Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan