Header Ads

ads header

Flash News

Mengapa DAP Beriya Agih Zakat?


1. DAP adalah parti yang mendokong pemikiran liberal dan sekular. Mereka sebelum ini tegar menyifatkan perjuangan Islam sebagai Taliban dan membawa kepada kemunduran. Anehnya, dalam bulan Ramadan ini mereka beriya-iya pula mengagihkan harta zakat, salah satu daripada asas perjuangan Islam.

2. Ketika Rasulullah dihina dan penghina tersebut menerima hukuman, Lim Kit Siang tampil mempersoalkan hukuman terhadap lelaki yang menghina Rasulullah tersebut. Kata Kit Siang, hukuman tersebut keterlaluan. Penghina Rasulullah dibela, anehnya pemberian harta zakat mereka bersungguh pula mereka agihkan.

Lihat: https://www.projekmm.com/news/berita/2019/03/10/tidak-patut-penjara-10-tahun-hina-nabi-kata-kit-siang/1731090

3. Menurut Astro Awani, Nga Kor Ming pula pernah menghina sambutan Aidilfitri, dengan menyifatkan sedekah di hari tersebut sebagai rasuah. Aidilfitri dihina, anehnya bila tiba Ramadan ini mereka bersungguh pula terlibat dengan urusan pengagihan duit zakat.

Lihat: http://www.astroawani.com/berita-politik/hina-perayaan-aidilfitri-polis-diminta-siasat-status-facebook-nga-kor-ming-110433

4. YB Batu Kawan dalam satu coretan di dalam Facebook pernah memerli Kelantan dengan menyatakan seolah hiburan bagi orang Kelantan adalah kanak-kanak wanita. Ini seakan memerli isu perkahwinan kanak-kanak yang berlaku di Kelantan.

Lihat: http://www.utusan.com.my/berita/politik/apa-motif-kasthuri-patto-1.798559

Malah YB yang sama dalam satu ucapan di Parlimen seakan mempertahankan hak menukar agama yang dilihat oleh Muslim seakan hak kebebasan untuk murtad. Semalam, YB yang sama pula beriya terlibat dalam pengagihan zakat di Masjid di Pulang Pinang.

https://msentral.net/tidak-hirau-kritikan-netizen-ahli-parlimen-dap-terus-agih-bantuan-dari-zakat-pulau-pinang-di-dalam-masjid/

5. Mengapa penghina agama tiba-tiba bersungguh terlibat dalam agihan zakat buat Muslim? Nah! mereka inilah penunggang agama yang sebenar. Malah inilah konsep sekular yang hanya melihat Islam hanya sekadar urusan ibadah sahaja.

Apabila agama dilihat memberi mileage politik, maka bersegeralah mereka melompat masuk ke masjid untuk memberi sokongan. Apabila agama dilihat memberi ancaman kepada pemikiran liberal dan sekular, melompat-lompatlah mereka membantah malah menghina Islam.

Semoga Allah memelihara agama ini.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi






Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Awas syaitan jantan dan syaitan betina ternakan parri kafir DAPig yang telah menghina dan memusuhi agama Islam dan menafikan hak umat Islam sedang main wayang opera untuk menipu umat Islam supaya umat Islam menyokong parti rasis kafir harbi DAPig.

    Malangnya wayang opera DAPig ini telah dibantu oleh ulama su'@ ulama jahat dan agensi zakat tertentu. Pengkhianat sanggup mengkhianati agama dan bangsa kerana dedak cap roket.

    Pelakon-pelakon DAPig memang layak dicalonkan untuk menerima award pelakon terbaik mengalahkan pelakon bollywood dan hollywood kerana pandai berlakon pijak semut pun tak mati.

    Hanya umat Islam yang bodoh sahaja terpukau dan terpengaruh dengan lakonan puak kafif harbi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju sangat , malangnya masih ramai umat jahil sampai membela DAP .

      Padam