Header Ads

ads header

Flash News

Itu bukan Haziq, kata pemimpin PKR nafi lelaki akui terbabit aksi seks gay


KUCHING: Ketua PKR Bahagian Santubong, Ahmad Nazib Johari berkata, lelaki dalam video dimuat naik ke Facebook yang mengaku dirinya mengadakan hubungan seks sejenis dengan seorang menteri bukan Ketua Pemuda bahagiannya, Muhammad Haziq Aziz.

“Haziq bukan macam ini. Rambutnya tidak seperti ini apabila saya jumpa dia 4 hari lalu,” kata Nazib kepada FMT.

Dalam rakaman video selama 30 saat yang dimuat naik awal pagi tadi, Haziq yang dikatakan selalu ke gim mengaku dirinya ialah lelaki dalam beberapa klip video seks sejenis yang tersebar di WhatsApp sejak semalam.

Beliau menamakan seorang menteri kanan yang juga pemimpin PKR sebagai pasangan seksnya.

Tetapi, Nazib menafikan itu ialah Haziq yang bercakap.

“Dia sudah lama tidak pergi ke gim, badannya tidak sebesar dalam video itu.”

Dalam video pengakuan itu, Haziq mendakwa kelakuan seks itu dirakam tanpa pengetahuannya pada 11 Mei lalu di Hotel Four Points di Sandakan, ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen itu baru-baru ini.

FMT masih cuba mendapatkan sebarang respons daripada menteri yang dinamakan Haziq.

Pemimpin kanan PKR dijangka membincangkan isu klip video seks itu dalam mesyuarat Biro Politik petang ini.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan