Header Ads

ads header

Flash News

Infografik Kabinet bayangan Umno-PAS kerja orang nakal, kata Hadi


KUANTAN: Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata, parti Islam itu tidak pernah bermimpi atau terbabit dalam membentuk Kabinet bayangan dengan Umno.

Katanya, penyebaran infografik menunjukkan beliau dan bekas perdana menteri, Najib Razak menjadi penasihat kerajaan dalam Kabinet selepas pilihan raya umum ke-15 ialah kerja orang nakal.

“Kabinet bayangan kami tak terlibat. Kami tidak bermimpi di siang hari, dalam ucapan saya dah tawar tadi jadi menteri seminggu siasat video (seks sejenis).

“Pihak luar ada dan cuba melagakan kita (susulan kerjasama dengan Umno),” katanya pada sidang media selepas ucapan penggulungan Muktamar PAS ke-65 hari ini.

Infografik Kabinet Malaysia Pasca PRU15 tersebar selepas Muktamar PAS sebulat suara meluluskan usul menjalin kerjasama politik dengan Umno semalam.

Pada 5 Mac lalu, Umno mengesahkan kerjasama rasmi dengan PAS di peringkat Parlimen dan setiap PRK.

Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan pada 7 Mac lalu memberi jaminan kedua-dua parti itu tidak akan bergabung, sebaliknya mereka hanya menjalin kerjasama rasmi demi penyatuan ummah.

Terdahulu, Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa dilaporkan berkata, parti itu tiada kaitan dengan infografik berkenaan.

Infografik itu menunjukkan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan sebagai perdana menteri dan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai timbalan perdana menteri.

Sementara itu, Hadi berkata, hanya sebilangan kecil ahli bimbang dengan kerjasama politik Umno-PAS.

“Itu suara yang terpencil, terlalu sedikit, mungkin yang baru dengan PAS.

“Mereka yang lama mengikuti budaya politik matang dan sejahtera ini dapat menerima keputusan yang kami buat. Sebenarnya kami sudah turun ke negeri-negeri berdialog.”

Beliau berkata, ketika ini, Umno-PAS hanya di peringkat kerjasama politik dan belum sampai tahap membentuk gabungan baru.

Katanya, gabungan mungkin dibentuk selepas jawatankuasa induk yang dianggotai kepimpinan 2 parti itu memuktamadkan beberapa perkara berkaitan.

“Sehingga ini, kita hanya kerjasama dengan Umno dan parti-parti lain. Tahaluf (persefahaman) ada syarat-syarat tertentu yang perlu dituruti.

“(Perbincangan jawatankuasa induk) masih giat berlangsung, belum habis lagi.”

Ditanya sama ada kemungkinan PAS membentuk gabungan dengan Umno akan mengundang kebimbangan ahli dan pemimpin, katanya, isu itu tidak pernah timbul.

“Pemimpin tiada kebimbangan sebab perbincangan diadakan di peringkat dalaman.”

Dalam pada itu, Hadi berkata, PAS boleh menyokong dasar negara atau mengambil pendekatan sebaliknya, tetapi ia terbuka untuk membentuk kerajaan campuran.

“Pendirian kita macam usul dalam Muktamar, kita sokong perubahan adapun menyertai kerajaan ikut kewajaran. Kita boleh sokong kerajaan tanpa masuk kerajaan, kerajaan campuran boleh bergantung situasi politik berikutnya.”

Beliau mengulas pendirian Pemuda PAS yang menyokong kerajaan pimpinan Dr Mahathir Mohamad, manakala Dewan Ulama PAS pula mahu parti itu menjatuhkan kerajaan PH.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan